Monday, December 19, 2011

Saya Pada Tahun Lepas, Tahun Ini.. Tahun Hadapan


As Salam kepada semua teman.. Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung tahun 2011.. Rasanya macam baru sambut tahun baru 2011 je kan.. Ok sempena nak menyambut tahun baru ni.. Mak Dara terpanggil nak buat satu segmen.. Nak join? jommm..

1. Buat entry bertajuk : Saya Pada Tahun Lepas, Tahun Ini.. Tahun Hadapan
dan tepekkan bersama banner Mak Dara di atas tu ye..

2. Jawab soalan2 di bawah..

TAHUN LEPAS 2010
a) Sertakan gambar anda di tahun lepas 2010 (jika ada)
b) Dimana anda sambut tahun baru (jika ada)
c) Apakah azam anda tahun lepas?
d) Tertunaikah azam anda itu?

TAHUN INI 2011
a) Sertakan gambar anda pada tahun ini 2011 (jika ada)
b) Dimana anda sambut tahun baru (jika ada)
c) Apakah azam anda tahun ini?
d) Tertunaikah azam anda itu?

TAHUN DEPAN 2012
a) Dimanakah anda bercadang untuk sambut tahun baru 2012? (jika ada)
b) Apakah azam anda tahun hadapan 2012

3. Bila selesai tinggalkan link entry anda di sini...

Haaa itulah dia.. Teringin jugak nak tengok gambar gambar anda pada tahun lepas dan tahun ini.. Dan nak juga tahun apakah azam anda pada tahun lepas tahun ini dan tahun hadapan.. Part yang "jika ada" tu jika ada gambar atau jawapan taruk le.. Kalau takde abaikan hehe.. Tarikh tutup malam ini 12 tgh malam =)

Mak Dara @ Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS)


As Salam wahai teman.. Hari ni Mak Dara nak habaq mai cerita ceritu mengenai acara Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS) yang Mak hadiri pada 16hb Disember yang lepas.. Syukur alhamdullilah walaupun mendapat satu jemputan dan tak berteman namun mak gagahi juga kesana seorang diri.. Siap naik shuttle bas yang  Nuffnang  sediakan lagi dari zouk ke Hotel Marriot Putrajaya. Dalam satu bas yang besar tu cuma 4 orang blogger aje termasuk mak yang naik.. Perghh terasa sungguh VVIP hehe.. Bertolak dari sana dan tiba ke hotel dalam pukul 4 petang lebih.. Memang agak azab menunggu acara yang bakal bermula pukul 8 malam tu.. Nasib baik lah makin lama makin ramai blogger yang datang dan bertegur sapa.. Ok lah dah jadi karangan bahasa malaysia untuk final exam le pulak panjangnye kan.. Ok lets the gambor tell all the story mory k... Layanzzzzzzz

4 dara pingitan.. Errr minus 1 mak dara ye hehe (blogger yg menaiki shuttle bus nuffnang)

sesi pendaftaran

Mak Dara dan Zoe




Cik Epal



Ibu Nanirostam (Ibu Hanis Zulaikha)




XiaXue



Acara bermula


Acara berakhir

time bayar parking sempat bertemu dgn blogger reeneeraaid

Pendek cerita.. Mak Dara dapat bertemu dengan ramai kenalan blogger yang hebak hebak.. Dan malam tu memang AWESOME!!!! Nasib baiklah mak pergi juga ke sana walaupun dalam hati 70% dok memujuk suruh batalkan niat tu hehe.. Kepada semua teman teman blogger yang hadir dan bertemu pada malam tu nice meeting u guys!!! Tinggalkanlah link anda di sini ye supaya Mak boleh menjejak kasih hehe..

To Nuffnang tks for the invitation.. Can't wait to attent your next event!! sekian...