
As salam Mak Jah.. Kak Bedah.. Pak Sood dan semuanya.. Tiba tiba memalam ni mak terasa macam nak pegi kedai buku untuk beli novel.. Ye lah sejak demam novel dijadikan filem ni membuatkan Mak pun nak juga explore dunia penulisan novel hehe.. Asyik asyik tulis skrip drama aje hari hari sekali sekala nak jugak le berubah arah ye tak..
Tapi dalam leka mak godek godek fail dalam pc mak ni banyak jugak skrip skrip yang mak dah tulis.. Tapi antara skrip peberet yang mak pernah tulis bertajuk KERANAMU IBU pada tahun 2004 dulu.. Drama ni tak ditayangkan di TV tapi dijual melalui VCD.. Zaman tengah top top bikin VCD dulu selepas vcd Aku Kaya dulu ingat tak hehe..Drama ni adalah drama ke 17 dari 61 buah skrip drama yang telah pun ditayangkan. Tetiba terasa macam nak share je skrip drama mak tu pada uols.. Kalau sudi bacalah ye... Namun diingatkan memang panjang berjela jela ya.. Semuanya mempunyai sebanyak 68 scene/babak.. Tapi begini lah ghope skrip drama yang selalu dibaca oleh pelakon pelakon tu hehehe..Kalau sudi menjulingkan mata dan nak layan cerita sedih amat amat dialau alukan... Terimalah skrip Mak Dara Kerana Mu Ibu.....
KERANAMU IBU
SC 1 : KAWASAN KAMPUNG / SUBUH
Est shot kawasan rumah kampung yang bermandikan cahaya lampu berwarna warni dan juga peilta pelita menerangi rumah rumah kampung itu untuk menyambut Aidil fitri. Di suatu sudut tidak jauh dari situ kelihatan sebuah rumah usang yang agak muram kerana keadaan rumah yang uzur dan tidak berhias.
CUT TO:
SC 2 : RUMAH ALIF / SUBUH
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH
Kelihatan Nek Timah sedang tidur hanya beralaskan tilam yang sudah buruk dan koyak. Di tepi tingkap kelihatan Alif tidur juga beralaskan tilam yang kotor. Dia hanya berselimutkan kain pelikat. Insert bunyi ayam berkokok.
Tidak lama kemudian kelihatan Nek Timah sedar dari tidurnya selepas terdengar kokokan ayam itu dan perlahan lahan duduk. Nek Timah bangun dan seakan akan meraba raba mencari sebuah jam loceng yang ticak bercermin lalu meraba raba jarum jam itu untuk mengetahui masa. Nek Timah lalu bangun.
CUT TO:
SC 3 : RUMAH ALIF / SUBUH
WATAK : NEK TIMAH
Est kaki Nek timah berjalan perlahan lahan menuju ke dapur. Nek Timah mencari cari sesuatu akhirnya ia berjumpa dengan bekas beras.
Dengan perlahan lahan Nek Timah membuka penutup bekas itu dan meraba raba kedalamnya.
Est. tangan Nek Timah memegang beras yang sangat sedikit di dalam bekas situ. Nek Timah terdiam seketika. Nek Timah menghela nafas panjang dan kemudian mengambil beras yang sedikit itu dan dicuci.
CUT TO: