As salam kepada semua teman.. Semalam adik bongsu Mak Dara Adza Emie atau namanya dalam dunia blog SUPER IBU telah selamat melahirkan anaknya yang kedua tepat pada pukul 8:02 malam 21.12.11 di Klinik Pusrawi Damansara. Mak ada tulis entry mengenai saat saat cemas adik mak tatkala melahirkan anaknya di entry ini MAK DARA DI BILIK BERSALIN semalam .. Ni kira kesinambungan dari entry itu lah hehehe
Setelah lebih dari 7 jam bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan dan saat saat bertambah cemas tatkala doktor menyatakan bahawa adik mak kemungkinan akan dibedah kerana degupan jantung baby semakin menurun akhirnya dengan izin Allah swt dan adik Mak selamat melahirkan anaknya secara normal dan selamat.. Saat mendengar tangisan pertama baby membuatkan mak dan adik adik mak yang lain yang turut bersama berada di klinik itu bagaikan nak melompat dan pada masa yang sama semua pun menangis.. Bertambah lagi seorang anak buah kami.. Oh kalau nak cerita memang 3 hari 4 malam tak habis.. Moh Mak sharekan gambar gambar semalam ye..

presenting ADZA QHAMILLIA

Adza Qhamillia.. 3 minit setelah dilahirkan

welcome to the family Qhamillia...

Mak Dara bersama semua anak anak dan juga Adza Qhamillia

Mak Dara dan Qhamillia
Syukur akhamdullilah kami sekeluarga bersyukur dengan kedatangan ADZA QHAMILLIA semoga menjadi anak yang solehah pada ibubapa nanti ya.. To my sis Emie.. Selamat berpantanggggggg bebeh hehehe..