Saturday, December 24, 2011

CINTA FUN FAIR

Puteri Irda mahu dinikahkan oleh Tuanku Hirwandi kepada Raja Hassan yang telah berumur itu.. Tidak setuju dengan permintaan dan perintah ayahnya itu, Puteri Irda melarikan diri dari istana.. Dengan pakaiannya yang sungguh cantik bak puteri raja dari kayangan dia disangka datang untuk temuduga menjadi maskot di sebuah funfair.. Dengan tidak berfikir panjang dan ragu ragu kerana dirinya kini dijejaki oleh pengawal istana maka Puteri Irda menerima sahaja tawaran pekerjaan itu dan menjadikan tempat funfair itu tempat untuknya menyembunyikan diri dari ditemui oleh ayahnya.. 

Bermulalah kehidupan Puteri Irda sebagai "maskot puteri" di funfair itu. Di sana dia bertemu dengan yazz yang merupakan seorang pekerja funfair dan bertugas sebagai "hantu" di dalam rumah hantu di funfair itu.. lama kelamaan persahabatan mereka bertukar menjadi cinta.. Apa yang berlaku seterusnya? Haaaaa itu mak belum pikirkan lagi macam mana kesudahan cerita ni.. Cerita ni mak dapat ilham semasa mak ke Funfair bersama keluarga mak di Shah Alam semalam... Haaa ok tak? memang spontan habis idea ni datang.. hehehe.. Agak agaknya ada ke producer yang nak bikin drama ni ek hehe... 

Hmmm nanti nantilah mak sambung cari idea untuk habiskan sinopsis CINTA FUN FIR ni.. sementara tu moh le mak sharekan dulu gambor gambor mak dan family di funfair semalam ye..

anak anak mak dan anak buah mak
dari kiri Adza Kasih, Adza Kirana, Tengku Adza Nadhirah dan Adza Isabella


Boleh tahan jugak funfair ni.. Pada yang nak pegi tu.. Funfair ni berdekatan dengan stadium Shah Alam.. Selamat berhujung mingguuuuuuuu.. Ok mak nak try cari idea untuk habiskan drama mak ni heheeh