Monday, December 26, 2011

Semoga Penyanyi Latif Ibrahim Segera Sembuh

Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin yang belum tahu berita tentang penyanyi evergreen Latif Ibrahim telah terkena serangan jantung baru baru ini.  Beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) .

pic oleh Atok Google =)

Dengar khabarnya Latif Ibrahim berada di dalam keadaan kritikal.. Namun mak tak pasti bagaimanakah keadaannya sekarang.. Ada yang tahu tak? Walau apa apapun marilah sama sama kita doakan semoga beliau segera sembuh..

Mak Dara @ Hotel Heritage Ipoh Perak

As salam semua.. Syukur alhamdullilah setelah berpusing pusing mencari tempat untuk bermalam di Ipoh ni akhirnya kami bermalam di Hotel Heritage.. nasib baik le hotel ni tak penuh.. Hotel yang lain semuanya full house.. Almaklumlah Hari Xmas dan cuti sekolah..



Wahhh suka suka suka bila check in di sini tadi.. memang cantik betul hotel ni.. Mak sukaaa hehe




Okeylah.. bantai tu dari tadi dok panggil panggil je nama mak.. Esok nak bangun pagi dan nak ke set penggambaran shooting drama teman somi mak iaitu Abang Yusof Kelana di Tambun pulak.. Selamat malam semua...

Emmm ade tak blogger dari Ipoh? Best jugak kalau dapat jumpa kan hehehe.. 


Mak Dara Di Ipoh.. Peace Yo hehe

As Salam.. Waduh waduh sehariannn Mak Dara tak jenguk ke blog Mak ni ha.. Ini semua dek gara gara surprise oleh somi mak yang tetiba ajak Mak ke Ipoh Perak petang tadi.. Memang tak di plan langsung tiba tiba suruh pack baju dan terus bertolak.. Somi mak memang suka buat camtu.. Maybe sebab dia tahu yang selalunya kalau kami nak kemana mana kalau buat plan kompom tak jadi tapi bab bab surprise dan mengejut macam ni selalunya 99% menjadi hehe
Kami tiba di Ipoh pada pukul 9 malam tadi.. Setibanya di sini somi mak terus meeting dengan Pengarah Yusof Kelana tentang projek terbaru mereka.. Dah selesai tu kami pegi lah bertemu dengan beberapa orang pelakon yang sedang berlakon drama bersiri terbaru abang yusof kelana iaitu  Drama Titisan Darah Pahlawan tu.. Hari ni diorang cuti dari shooting jadi esok aje mak dan somi akan ke set penggambaran tu..
Abang Yusof sempat membawa kami jalan jalan ke Ipoh dan antara tempat yang dibawanya ialah "GERBANG MALAM" ala ala macam uptown kat Danau kota tu lah.. Best jugak ke sana.. Tapi ramaiii sungguh orang disana tadi jadi mak tak de beli apa apa..


Lepas dari berjalan jalan di Gerbang Malam kami menghantar Abang Yusof pulang ke hotelnya dan lepas tu barulah mak dan somi mencari tempat untuk bermalam pada malam ni.. Memang seronok main terjah terjah ni macam adventure pun ade.. Jangan sampai takde tempat nak bermalam sudah le.. Dengar cerita banyak tempat dah full house dek kerana Hari Xmas dan juga cuti sekolah huhu