Tuesday, December 27, 2011

Comelnya Anak Marion Caunter Dan SM Nasarudin

Waduhhhh comelnya anak pengacara E NEWS ASIA iaitu Marion Caunter atau nama islamnya Marion Rose Caunter Abdullah bersama suaminya SM Nasarudin ni..  Leia Rose Caunter Nasarudin telah dilahirkan pada 16 Disember 2011 yang lalu..

Leia Rose Caunter Nasarudin Penyeri Hidup Marion & Suami
gambar oleh Yahoo Malaysia

Memang comellll.. Tengoklah ibu dan ayahnya.. A very good combination maka lahirlah puteri yang  cumillll.. Semoga dengan kelahiran puteri mereka ini dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga =)


KENTUT... Di mana harus dilakukan?

KENTUT... Sebenarnya adalah aktiviti yang bagus untuk kesihatan.. Membuang angin dalam badan.. Kalau tak buang angin karang badan jadik macam belon pulak kan.. Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa. Tapi persoalannya sekarang Di Mana Anda Kentut? Di tempat awam kah?

Di hadapan teman teman atau keluarga kah?


atau kentut secara sembunyi sembunyi


Jadi anda dalam kategori yang mana satu... Yang kentut di khalayak awam ke, Yang kentut hanya dihadapan teman dan keluarga ataupun anda yang pemalu dan mencari pot yang agak jauh untuk kentut? Sebaik baiknya tu di dalam kategori yang ketiga tu lah ye.. Cuba le carik pot yang jauh dari orang sebelum anda melakukan aktiviti anda tu.. Jadi kurang sikit pencemaran bunyi dan udara ye tak.. Hehehe

Makanan penyebab kentut
  • Kacang
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin.

  • Waduhhh macam mana boleh sampai ke topik kentut pulak mak petang ni ek hahahaha.
    (pic by Google)


    TITISAN DARAH PAHLAWAN

    NAMA Yusof Kelana dalam bidang pengarahan terutamanya drama televisyen (TV) tempatan memang tidak boleh disisihkan. Ini kerana, sejak hampir 30 tahun terbabit dalam bidang itu, dia telah mengarahkan lebih 400 drama.
    Terbaru, penggambaran drama 26 episod berjudul Titisan Darah Pahlawan di Perak. Ia membawa kembali ke zaman komunis dan Jepun serta pengorbanan pasukan tentera dan polis untuk melawan musuh negara itu. Drama ini amat sesuai untuk generasi muda, jangan menjual maruah dan negara kepada orang luar demi kepentingan diri sendiri. Pasukan tentera dan polis berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan tanah air kita.
    Mak Dara dan somi telah ke lokasi penggambaran drama ini di Ipoh perak semalam.. Tujuan kami kesana sebab somi mak Martias Ali nak bincang bincang mengenai projek terbaru mereka bersama Abang Yusof Kelana.. Sambil bincang bincang tu kami pun turut sama melihat shooting drama itu berlangsung.. Meh mak share kan sikit gambar gambar di sebalik shooting drama TITISAN DARAH PAHLAWAN ni ye....
    Abang Yusof Kelana sedang memberikan arahan kepada para pelakon


    Abang Yusof Kelana sedang mengarah

    Somi makdan abang Yusof Kelana

    Siapa yang selalu kata mak gemuk.. meh siniiiii hehehehe

    boleh tahan berat jugak

    bang bang hehe

    sempat lagi posing ni hahahaha

    Martias & Yusof Kelana

    Mak Dara & Abang Yusof Kelana


    Mak bersama Makup artis, boom man dan abang cameraman hehe

    Memang mak sukaaa dan memang patut diadakan lebih banyak drama drama bersifat patriotik ni.. Ini supaya dapat memupuk rasa sayang dan cintakan negara.. Suatu semangat yang semakin pudar di negara kita.. Semoga dengan adanya genre genre sebegini dapat mengembalikan rasa hormat dan cinta negara .

    Drama ini akan habis penggambarannya dalam penghujung bulan March tahun depan.. Mak doakan semoga shooting ni berjalan lancar.. All the best buat Abang Yusof Kelana, YKS Production dan kepada semua lrew dan artis yang terlibat..


    Mak Dara Mengganas Di Ipoh


    JANGAN BERGERAK!!!! Mak Dara dah hijack sebuah asrama di Ipoh.. U dont play play ek.. Siapa yang selalu kata mak ni gemuk sila beratur di depan dulu meh!!! 

    Haaaahaaahaaa jangan gabra jangan terkojut ye Kak Pah.. Mak Peah .. Pak Sood dan Wak Leman.. Mak idok le nak jadi pengganas nak hijack hijack ni.. Ini adalah gambar Mak Dara di set lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk TITISAN DARAH PAHLAWAN yang diarahkan oleh pengarah Abang Yusof Kelana..

    Masa gambar ni diambil Mak berada dalam set asrama askar lelaki.. Haaa nampak tak semua askar askar kat belakang mak tu.. semua tu pelakon tu hehehe.. Ok kejap lagi Mak Dara kasi sambung full entry mengenai drama ni ye.. Sekarang misi nak cari card reader dulu untuk keluarkan gambor gambor dari kamera.. Tungguuuuuu


    Waduh Jemmmm Di Highway Utara Selatan

    Waduhhhhhhh mau kebassssss mak dibuatnya.... Ye lah mak bertolak dari Ipoh menghala ke KL selalunya hanya mengambil masa hanya dalam dua jam aje tapi kali ni lebih dari lima jammmmmm.... Fuhhhhh memang jemmmmmmm gilaaaaaa..... Mungkin juga sebab orang berpusu pusu balik dari holiday.... Kawasan rehat di Sungai Perak pun punyalah penuh dengan orang

    Namun syukur alhamdulilah mak dan somi selamat tiba di rumah dengan selamatnya aminnn.... Namun memang best trip makdansomi ke ipoh kali ni... Dapat nengok ke dua set lokasi drama iaitu satu drama bertajuk Titisan Darah Pahlawan arahan Abang Yusof Kelana dan sebuah lagi drama bertajuk Mak Yong sebuah skrip yang mak dara tulis bersama adik mak..

    Dek kerana letih mak pon belom habis lagi maka esok je mak up kan story mengenai shooting drama tu ye hehehe... Sehingga bertemu esok.. Selamat malam semuaaaaaa