Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baruuuuuu


Masa Lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah hadiah.
Dan Masa Depan adalah harapan.
Mari kita songsong Tahun Baru 2012.
Dengan penuh harap dan kebahagiaan.


Azam Ke Asam?

Tahun Baru bakal menjelma lagi.. Selamat datang 2012 selamat tinggal 2012.. Pejam celik pejam celik rasanya macam baru je sambut tahun 2011 malam ni dah nak sambut 2012.. Cepatnya setahun berlalu.. Namun Azam mak untuk menguruskan badan dari saiz 2 pintu peti ais ke peti ais satu pintu telah gagal dengan jayanya!!!! hehe

Tahun ni mak tetap dengan azam mak untuk transform dari saiz XXXXXXXXXL ke saiz yang lebih kecil.. Dapat buang satu huruf L kat belakang tu pun jadilah.. Hmmm boleh ke ni ek.. Jangan Azam jadi asam pekasam sudehhh... Takpelah sekurang kurangnya ada jugak azam.. niat tu penting.. Dari takde apa apa azam lagi bahaya kan? Karang dari saiz peti ais dua pintu transform jadi badak sumbu dekat zoo tu haaa.. Lagilah nayaaa.. Dah le Zoo Negara dengan ghomah mak ni 4 minit je dekatnya hahahah


Kepada semua teman Mak.. Selamat tahun baru dan selamat menunaikan azam azam anda.. 


Happy New Year 2012 dari Mak Dara!!!


Passport Oh Passport

Cuti sekolah hampir tamat... Mak dan somi pun dah selamat membuat passport untuk keempat empat orang anak kami.. Memang penat untuk buat passport ni.. Tambahan lagi bila melibatkan anak anak terutama yang bongsu tu.. Ye lah kena pergi beratur di depan pejabat imigresen pagi pagi .. Macam macam keletah anak mak pada hari membuat passport tu.. Meh mak share gambar diorang.. =)

Anak bongsu mak Isabella mengantuk sampai tertidur di kedai mamak 
sambil menunggu nombor giliran kami dipanggil


Kirana maintain je


Kirana dan Kasih tak habis habis posing dalam imigresen 


akhirnya tiba jua giliran kamiiiiii


masa untuk membayar 


Pasport dah SIAP!!!!!!!!!!!

Syukur alhamdullilah akhirnya kesemua passport anak anak , somi dan mak dara siap!!!!!! Persoalannya sekarang... Walaupun passport dah siap tapi sekolah dah nak bukak esok lusa.. Hmm nampak gayanya kena tunda ke cuti sekolah tahun depan pulak le huhuhu