Saturday, January 14, 2012

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Mak Dara menerima email dari teman Mak Dara mengenai 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T dan mara rasa elok dan molek untuk mak sharekan untuk renungan kita bersama ..

solattidakditerimaallah 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
pic oleh google

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi penunjuk dan jalan selamat baginya"


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.



4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba’.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar”



Bersama samalah kita ambil ikhtibar dan memelihara solat kita agar diterima oleh Nya insyaallah... amin....


4 comments:

  1. tanx sharing,,, solat yang ta diterime akan dicampakkan kat orang tuh bagai kain buruk kat akhirat kelak..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah menerima solat2 kita. Amin.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mak dara...oleh itu hendaklah kita semua menjaga solat itu dengan sebaik-baiknya...:)

    ReplyDelete
  4. semoga solat kita semua diterima.. aminnn <3 :')

    ReplyDelete