Tuesday, January 10, 2012

BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU ..


Dah lama Mak Dara tak join segmen Adik Ben ni.. Mungkin dek kerana agak sibuk kebelakangan ni dengan persekolahan keempat empat anak Mak Dara.. Namun malam ni mak tak nak lepaskan peluang untuk turut serta dalam segmen PESAN DIA IBUKU..


Hari ini di rumah keadaan agak suram.. Mungkin kerana hari ini merupakan hari ulangtahun arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah Adza Suzyriani... Sekiranya arwah masih ada umurnya genaplah 34 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah mempunyai anak anak......

Sebentar tadi sebelum Mak Dara pulang ke rumah kata kata terakhir yang Ibu ucapkan pada mak ialah.. Jangan lupa hujung minggu ni panggil semua balik kita buat kenduri arwah untuk Gee (panggilan kepada arwah adik mak dara).. Selama 18 tahun arwah adik mak meninggalkan kami selama itu jugalah setiap ulang tahun kelahirannya pasti Ibu Mak dara akan pasti membuat kenduri arwah untuk arwah.. Walaupun kecil.. walaupun hanya menghantar pisang ke rumah jiran atau surau namun Ibu mak dara akan pastikan walau sekecil mana pun namun niat untuk mengadakan kenduri untuk allahyarham pasti mahu dilakukannya...


Adik Mak Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu. Maka kena buat few major operation dan dalam salah satu ketika operation tu arwah boleh sedar masa doctor sedang tanam kulit dari peha kiri ke peha kanan dia.. Doktor lalai tak kasi ubat bius yang cukup.. Disebabkan panik maka Doktor tu beri ubat bius secara over dose sehingga menyebabkan otak arwah kembang dan pemikiran dia menjadi tidak ubah seperti bayi sampai lah ke akhir hayatnya..  .Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 10hb April 1994 pada umurnya 16 tahun kerana demam panas... Walaupun sudah 18 tahun berlalu namun serasa seperti kami baru sahaja kehilangannya..

Ibu mak dara di pusara allahyarhamah Adza Suzyriani

Sebalik balik aje ke rumah mak dara terus telefon adik beradik dan beritahu pesan Ibu mak dara tu dan seperti setiap tahun kami pasti akan berkumpul untuk adakan kenduri untuk arwah.. Insyaallah Ibu tahun ini kami akan buat seperti tahun tahun yang lalu.. Semoga arwah Gee tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman amin...


13 comments:

  1. Salam kak adza..

    Al-fatihah buat rohnya.. Amin...

    ReplyDelete
  2. kecantikan kak adza memang photostat 100% dari bonda akak ye...

    bak kata dafi:- kalau mahu melihat seorang perempuan pabila dia tua nanti, lihat ibu sebagai contoh terdekat.. (hehe ubah sikit ayat dia)

    ^_^

    ReplyDelete
  3. mashitah: ohhhh terkembang akak terima kasih.. takde le cantik dik tp yang pastinya ke"gebu"an kami 100% sama =)

    ReplyDelete
  4. bonda mak dara nampak muda lagi.:)

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah buat arwah adik kak Azda...

    Bonda kak Azda memang seorang wanita yang tabah :)

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    al fatihah utk arwah..
    semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    ^_^

    ReplyDelete
  7. takziah kak.

    http://kisahhatiaku.blogspot.com/2012/01/ben-ashaari-pesan-dia-ibuku.html

    ReplyDelete
  8. MD,
    Alfatihah, sedih baca entry ni.. semoga arwah ditempatkan disisi kekasih2 allah swt..

    ReplyDelete
  9. Salam singgah dr segmen Mia..

    Sedihnya baca kesah adik kak ni.. AlFAtihah

    ReplyDelete