Thursday, January 19, 2012

Blogger Chef Faizal Masuk Majalah!


Sekalung tahniah buat teman Mak Dara iaitu Faizal seorang Chef dan juga seorang blogger yang telah berjaya masuk ke Majalah MEDIA SUKSES bil 004 baru baru ini.. Wahhhhh tumpang bangga bila melihat kejayaan teman teman.. Mintak signnnnnnn boleh hehe...

Chef Faizal ni merupakan Executive Chef di The Summit Hotel Subang USJ. Selalu aje Chef faizal ni tag gambor gambor makanan yang dimasaknya pada Mak Dara.. memang selalu buat Mak dara terliur dengan gambar gambar masakannya yang sedap sedap tu hahaha..


Mak Dara adalah followernya yg pertama =)

Chef Faizal ni bukan sahaja seorang chef, beliau juga meminati bidang fotografi maka di dalam blognya bukan hanya anda akan disajikan dengan resepi resepi masakan malah anda juga akan dihidangkan dengan gambar gambar hasil karya Chef Faizal ini juga... Dengar khabar Chef Faizal akan mengeluarkan buku masakannya tidak lama lagi.. Mak Dara doakan semoga Chef Faizal terus maju jala dalam setiap bidang yang diceburinya.. Jangan lupa belanja I nanti k hehe. Nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Faizal jom le ramai ramai terjah ke blognya.. sila klik di SINI ye


1 comment:

  1. dah terjah blog chef faizal. wahhh terliur tgk kropok lekorrrr uwaaaaaa

    ReplyDelete