Tuesday, January 3, 2012

Dari Karya Mak Dara - FILE 578

Skrip pertama yang mak dara tulis dan yang telah memulakan karier Mak Dara sebagai penulis skrip adalah sebuah drama yang berjudul FAIL 578 pada tahun 1996 dulu. Mak dah lupa siapakah yang telah berlakon dalam drama ni.. Tapi yang Mak Dara ingat ialah mak dara mengambil cerita ini dari pengalaman Mak Dara bekerja di pejabat dulu dimana pada waktu pulang kerja mak telah ke toilet tanpa diketahui oleh rakan rakan mak mereka pulang dan telah mengunci pintu pejabat dan pulang hahaha.. Memang kelakar.. Tapi tak kelakar uga bila terkunci dalam pejabat selama lebih 3 jam sementara mereka ada orang datang membuka kunci itu.. Ok lah sinopsis penuh cerita ni seperti dibawah ye...



SKRIP Pertama - 1996

Tajuk Drama: Fail 578
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan

SINOPSIS DRAMA FAIL 578

FAIL 578 menceritakan tentang Maliq seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak malas namun amat bijak dalam IT. Dia juga amat bijak memecahkan semua kod kod di mana mana komputer sahaja. Walaupun Maliq seorang yang malas namun dia pandai membodek Bossnya. Itu yang membuatkannya amat disenangi oleh majikannya itu. Ini membuatkan semua rakan sekerja Maliq membencinya.

Pada suatu hari Maliq tertidur di satu sudut didalam pejabatnya dan tidak menyedari bahawa telah tiba tamat waktu kerja. Rakan rakan sekerjanya mengambil keputusan untuk mengenakan Maliq. Mereka semua keluar dari pejabat dan terus mengunci Maliq di dalam pejabat itu dan pulang.

Maliq sedar dari tidur dan terkejut mengetahui bahawa dia telah terkunci di dalam pejabat dan tidak dapat keluar. Maliq mencuba pelbagai cara namun dia tetap gagal untuk keluar dari pejabat itu.

Maliq terpaksa menerima hakikat bahawa dia kini terpaksa bermalam di pejabatnya.

Oleh kerana terlalu bosan, Maliq bermain game di komputernya namun kerana terlalu bosan Maliq mengambil keputusan untuk meng"hack" semua komputer teman teman sekerjanya. Maliq gembira kerana berjaya menyelongkar beberapa fail yang mempunyai rahsia peribadi rakan rakannya itu. Akhirnya maliq mengambil keputusan untuk meng"hack" komputer bossnya. Maliq terkejut apabila dia dapat membuka semua fail di dalam komputer majikannya itu namun gagal menyahkodkan satu fail iaitu "FAIL 578" , Ini membuatkan maliq merasa curiga dan mencuba pelbagai cara untuk menembusi fail itu dan akhirnya dia berjaya. Maliq terkejut apabila mendapati fail itu memiliki semua bahan bahan bukti penyelewengan majikannya. Belum sempat maliq meneliti fail itu tiba2 pegawai sekuriti yang datang membuat rondaan tiba dan meminta supaya Maliq keluar dari pejabat itu.

Mulai dari hari itu Maliq yang pemalas bertukar menjadi sangat rajin. dia yang pertama tiba di pejabat dan yang terakhir untuk keluar dari pejabat itu .

Akhirnya Maliq berjaya menumpaskan semua penyelewengan majikannya sehingga menyebabkan majikannya dibuang kerja. kini Maliq telah dinaikkan pangkat yang tinggi dan semuanya berjalan dengan baik sehinggalah satu hari dia terkunci lagi dipejabatnya..

Oleh kerana bosan menunggu pintu pejabat dibuka semula. Dia dengan sifat nakalnya mengelongkar semua fail fail milik teman teman sekerjanya dan juga fail bosnya dan terjumpa sebuah fail 578 milik bosnya .Dia akhirnya berjaya merungkai semua kes penyelewengan yang dilakukan oleh bosnya dan semua bukti itu berada dalam FAIL 578..


2 comments:

  1. moga akak dapat hasilkan skrip terbaik lagi...

    ReplyDelete
  2. haaa...adakah mak dara juga bjaya mbongkar penyelewangan majikan lama dulu??? jeng3!!!

    ReplyDelete