Tuesday, January 10, 2012

Dari Karya Mak Dara - KERANA RAMLI


SKRIP Keempat yang telah Mak Dara tulis ialah sebuah drama bertajuk KERANA RAMLI. Drama ini dilakonkan oleh Allahyarham Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar dan Hamid Gurkha . 
Drama ini telah keudara di RTM pada awal tahun 1997
.


SKRIP KEEMPAT
Tajuk Skrip: KERANA RAMLI
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
Lakonan: Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar, Hamid Gurkha dll


Drama "KERANA RAMLI" berkisahkan tentang Ramli seorang jutawan yang diberitahu mempunyai penyakit kronik dan mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup telah berkecil hati dengan anak anaknya kerana mendesaknya untuk memasukkan nama mereka dalam wasiatnya namun tidak seorang pun yang berbincang untuk menjaganya di saat saat akhirnya itu. Kelakuan anak anaknya seperti tidak sabar saat kematiannya. Ini membuatkan Ramli melarikan diri dan akhirnya dia memasukkan dirinya sendiri di sebuah rumah orang orang tua yang sangat terpencil.

Disana dia berkenalan dengan Ajis dan Din. Dia merasa gembira dengan persahabatan yang terjalin di antara mereka. Ramli sedih mendengar cerita Ajis dan Din yang senasib dengannya. Anak anak mereka tidak mahu menjaga mereka setelah mereka tua. 

Akhirnya anak anak Ramli dapat menghidu dimana kedudukan Ramli dan mereka terus menyerbunya disana. Ramli enggan dibawa balik kerana dia tahu anak anaknya pasti akan memaksanya menyerahkan harta hartanya kepada mereka. Di dalam pergaduhan itu Ramli menyatakan bahawa ia telah pun membuat surat wasiat dan meminta anak anaknya supaya tidak mengganggunya lagi. Anak anaknya gembira dan terus meninggalkannya di situ. Ajis dan din sedih melihat kejadian itu mereka cuba menenangkan Ramli namun kerana terlalu sedih dan sakit yang makin bertambah teruk akhirnya Ramli meninggal dunia. Pihak rumah orang tua tua yang menjalankan pengkebumian itu dan pada masa yang sama anak anaknya pergi menemui peguam ayahnya itu. Mereka terkejut apabila ayahnya menyerahkan semua harta hartanya kepada Ajis dan Din.

Ajis dan Din juga terkejut dengan pemberian itu. Berita itu tersebar luar sehingga diketahui oleh anak anak Ajis dan Din yang kini kembali mahu menjaga mereka semula. namun Ajis dan Din tahu bahawa anak anak mereka hanya mahu mengejar harta mereka sahaja.

Anak anak Ramli akhirnya menjadi bankrup dan jatuh miskin ini kerana semua harta mereka kini menjadi milik Ajid dan Din.. Dengan kebijaksanaan Ajis dan Din mereka berjaya menyedarkan anak anak mereka dan juga anak anak allahyarham Ramli bahawa wang bukanlah segala galanya. Dan kesemua mereka insaf. 

Akhirnya setelah percaya kepada anak anak mereka dan juga anak anak Ramli, Ajis dan Din memberikan harta harta itu kepada anak anak Ramli dan kembali semula di rumah orang tua tua.. Ini kerana Ajis dan Ramli lebih selesa berada di sana bersama teman teman mereka yang lain. Kesemua mendapat pengajaran masing masing dan semua ini adalah KERANA RAMLI.


2 comments: