Saturday, January 7, 2012

Dosa gugur bila suami-isteri bersalaman

Mak Dara terima email dari teman mak mengenai Dosa gugur bila suami-isteri bersalaman.. Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama anda.. Jom baca dan renungkan bersama...

Dosa gugur bila suami-isteri bersalaman:



Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.



10 comments:

  1. dalam tu.. tu gambar mak dare ke?? bestlah kalau isteri yang buat macam tu slalu.. mesti bahagiee...:)
    jemput singgah blog saye.. :)

    ReplyDelete
  2. haha sweet la mak dara ngan hubby..kih3

    akan ku praktik bila dh kawin nnti...heee insyaAllah

    ReplyDelete
  3. sempat salam time nak p kerja je, sblom tdo sebuk popok anak habis tertido x sempat nak bersalaman ...

    ReplyDelete
  4. salam sebelum pergi kerja je mak dara , sebelum2 tidur tu pepaham ler hahahaaa

    ReplyDelete
  5. my hb pulak kak...klo sy pegang2 tgn die..mesti die geli...pdhal niat nk romentik...pastu cm kita ni lak yg ngorat die...hihi

    ReplyDelete
  6. betul tu kak! rasa ringan je beban bila dapat cium tangan suami..

    ReplyDelete
  7. alahai sweeeetttttnya tengok gambar ni.... mesra..

    ReplyDelete
  8. oh baru tahu, untungkan org dah kawin ni, senang je nak kumpul pahala =)

    ReplyDelete
  9. good info. boleh praktik kan ni. terima kasih mak dara. :]

    ReplyDelete
  10. wahhhh bagus la info ni. baru sy tau...

    ReplyDelete