Sunday, January 22, 2012

Mencari Sukarelawan.. Masih adakah yang SUKA dan RELA..

As salam kepada semua teman .. Hari ni mak dara ingin mencari SUKARELAWAN ataupun dalam bahasa omputih VOLUNTEERS untuk sebuah acara yang julung julung kalinya di adakan di Malaysia iaitu KUALA LUMPUR SHORT FILEM FESTIVAL... Tapi di zaman kini masih adakah yang SUKA dan RELA.. Kalau tak tanya tak tahu kan hehehe.. Maka disini mak nak tanyalah ada ke yang sudi? Biar mak terangkan sedikit tentang acara ini ya.. 

KLIS adalah singkatan kepada Kuala Lumpur Short Filem Festival . Penganjuran Festival Filem Pendek seperti ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia. Festival ini akan bermula pada 30hb Jan hingga 1 hb Feb depan.

Pada individu yang ingin menjadi VOLUNTEERS ataupun SUKARELAWAN untuk acara ini bolehlah datang beramai ramai ke perjumpaan pertama iaitu di "KLIS Volunteer 1st Meet up"



Acara: KLIS Volunteer 1st Meet up
Tarikh: 23hb Jan 2012
Masa: 11 pagi hingga 1 tengah hari
Tempat: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (Hadapan Dataran Merdeka)

Tiada kriteria yang diperlukan untuk menyertai group volunteer ini cuma keihlasan dan kesudian dan kerelaan hati amat diutamakan.. Untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut silalah datang beramai ramai ye.. Untuk keterangan lanjut sila klik di link ini 

3 comments:

  1. dya berminat sangat tapi xdapat nak join..hari selasa baru blik kl..:(

    ReplyDelete
  2. deqlis berminat tp 1hb tu dah ke Singapore laa pulakk,,,,

    ReplyDelete