Tuesday, January 3, 2012

Segmen YY | Mengapa saya Berblogging

Assallammualaikum.. Yeayy Mak Dara telah ditag oleh teman mak iaitu Yana Yassin untuk menyertai segmen beliau iaitu segmen Segmen YY | Mengapa saya Berblogging


Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara berbakat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjing lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok.

Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 16 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 62 buah skrip drama dan telah ditayangkan di TV.

Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!

Mak Dara telah mula berBLOG dari tahun 2006 lagi. Blog pertama Mak Dara iaitu mengenai band mak dara iaitu D'ADZA. Blog kedua mengenai semua skrip skrip yang pernah Mak Dara hasilkan. Tapi kedua duanya macam terlalu formal dan Mak Dara masih tak dapat meluahkan apa yang selalu bermain di kotak fikiran Mak Dara. Maka hari ni Mak Dara ambik keputusan untuk buat BLOG baru dan nak tulis apa saja yang bermain di kepala ni tanpa ada batasan..Semoga anda enjoy membaca BICARA MAK DARA..

Mak Dara nak tag Deqnoor dan Aku Fiza

Klik di SINI untuk menyertai segmen ini..


6 comments:

  1. Yeaaah,.. mmg patut pun akk buat Blog. Disamping menulis skrip, akk boleh gak mencurah idea dalam Blog. Follower pun semakin bertambah. Tahniaah akk. Happy Blogging.

    ReplyDelete
  2. Mak dara terbaik setakat ni ..

    cepat je ada follower yg ramai

    ReplyDelete
  3. OMG! I have been tag by MakDara :O

    ReplyDelete
  4. First time singgah sini..

    Saya pun suke menulis tapi taktau ada bakat ke tak..

    Follow sini, moge boleh beri tunjuk ajar...

    Latest entry

    thehehslady.blogspot.com/2012/01/spontaneous-thursday-2-review-blogger.html

    ReplyDelete
  5. alamak kak! baru perasan kena tag dengan akak... ok2. DN akan buat juga walau agak kelewatan sedikit. huhu...

    ReplyDelete