Thursday, January 26, 2012

Somi Mak Dara di The Breakfast Show NTV7

As Salam duhai teman.. Waduhhhh pagi ni Mak Dara dan somi mak Martias ALi bangun cukup awal kerana kami kena ke Studio NTV7 di damansara . Mak Dara temankan somi Mak sebab Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan THE BREAKFAST SHOW.. Somi mak telah pun keudara di NTV7 pada pukul 10 pagi tadi.. Moh mak sharekan sedikit gambor yang Mak Dara snapkan ye...

Somi Mak Dara Martias @ Studio NTV7

sedang menunggu giliran untuk on air

sebahagian dari pejabat NTV7

Studio THE BREALFAST Show yang sebenar hehe

on air

Aishah dan Naz mengucapkan selamat datang kepada somi mak =)


Somi Mak Dara


Naz dan Aishah hos rancangan THE BREAKFAST SHOW ini


Haaaa nampak lainkan studio rancangan The Breakfast Show ni.. Studio sebenarnya ialah sebuah studio "green screen" namun bila on air akan ada backdrop seperti yang dapat lihat di gambar di atas tu.. Syukur alhamdullilah temuramah itu berjalan dengan lancar.. Mak Dara memang kecut perut bila berada di studio tu sambil melihat somi mak menjawap semua soalan tu dalam bahasa omputih.. Syukur dia dapat menjawa dengan jayanya.. Nasib baik tak suruh mak cakap omputih.. I the cannot one because my English is under the bridge one u know hahaha..

Apa apapun jutaan terima kasih kepada pihak NTV7 terutamanya semua krew, hos dan pihak penerbit yang sudi menjemput somi mak ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..


Syukur alhamdullilah somi mak dara dapat menjayakan rancangan The Breakfast Show secara live pagi tadi dan rancangan Malaysia Hari ini yang telah keudara semalam.. Dan kini kami berdebar pula bila somi mak akan ke rancangan 8TV Quickie yang akan berlangsung esok malam pula.. Doakan semuanya berjalan lancar ye... =)



7 comments:

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK