Wednesday, January 25, 2012

Somi Mak Dara di Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhhh hampir dua hari mak dara tak menyentuh dan membuka blog mahupun FB.. Mak dara memang dah plan untuk 100% bersama keluarga dan yang tersayang selama dua hari satu malam sempena hari jadi Mak Dara pada 24hb Jan yang lepas... Ye lahhh hari jadi bukannya hari hari kan.. Lagipun macam macam boleh terjadi.. Tiba tiba kalau tertulis ini adalah hari jadi mak yang terakhir.. Mak nak le berada bersama keluarga mak dari mak dok dalam bilik ngadap lappy sorang sorang kan huhuhhu... Sejak dah beransur usia senja nan merah otak ni asyik pikior yang bebukan aje.. Fuhhhh kompom dah tuaaaaaaaaa hahahaha...

Ok dah lari tajuk.. Ya mak nak habaq mai yang pagi tadi Mak Dara temankan somi Mak Martias Ali ke TV3. Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan Malaysia Hari Ini bersama dengan temannya Dato Azrai Jamaluddin.

somi mak Martias Ali (tengah)

Rancangan ini telah pun keudara pada pagi tadi 25hb Jan. Somi mak dan Dato Sri Azrai dijemput ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..



Jutaan terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput pihak KLIS ya.. Namun debaran tidak terhenti di situ saja.. Esok pagi pulak somi Mak akan keudara di rancangan THE BREAKFAST SHOW secara live pada esok pagi.. Haaa ni mak paling nebes.. Sebab rancangan ni adalah dalam bahasa Ingeris.. Semoga somi mak dapat menjawap semua soalan dengan lancar mudah mudahan amin.. Pada yang free free tu tengok le THE BREAKFAST SHOW esok pagi ye hehehe


8 comments:

  1. wahhh makin glemer somi mak dara ye...tahniah!!!

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday mak dara..:D

    ReplyDelete
  3. Sorry mak.Terlewat ucapkan Happy Birthday...

    ReplyDelete
  4. wahhh....dah macam retiss dah...hehehe...

    neway happy belated bufday mak...hehehe

    ReplyDelete
  5. Scarlett: Terima kasih dear.. =)

    Si Budak KaChak: uihhhh takdelahhh bukan retissss org biasa2 aje.. Tq for the bday wish

    ReplyDelete
  6. wahhhh... glamer gitu... leh minta autograf lepas ni..

    ReplyDelete