Monday, January 16, 2012

Tips: Jika Anda Tiada Idea Untuk Buat Entry

Entry ni untuk blogger blogger baru macam Mak Dara aje.. Bagi para blogger yang otai tu yang memang dah masak dengan macam mana nak kendalikan blog.. Mak Dara nak minta "tumpang lalu" ye hehehe . Ok... Selamat datang ke rancangan Meroyan bersama Mak Dara hehe..


Takdelah ini sebenarnya bukanlah satu entry tutorial . Rasanya Mak Dara belum layak untuk buat tutorial . Ini sebenarnya entry tentang apa yang Mak Dara buat jika tiada idea untuk buat entry tebaru.. Ok jika Mak Dara dah kering idea inilah yang selalu Mak Dara praktikkan...

1) Sertai Segmen
Bila join segmen sekurang kurangnya kita dapat buat satu entry dan selalunya blogger lain yang menyertai segmen yang sama dengan kita pasti akan menjenguk ke bog kita . Yelah mesti nak tengok entry pesaing kan . Jadi traffic akan naik dan jika bernasib baik ada yang follow.

2) Tulis Aktiviti Harian Yang dilakukan
Tak kisah le aktiviti tu sebesar atau sekecil mana. Contohnya pegi ke pasar ke, pergi shopping ke.. pegi tengok wayang ke, tulis aje.. Tengok contohnya Ben Ashaari menulis tentang aktivitinya di gym.. Kan menarik tu =)

3) Tulis Mengenai Keluarga
Keluarga.. Pasti banyak yang berlaku dengan ahli ahli keluarga kan.. Contohnya anak baru nak berjalan, Suami di tempat kerja.. Apa yang dimasak oleh isteri ke atau apa apa sajalah..

4) Tulis Mengenai Rakan Blogger
Ini banyak yang boleh ditulis.. Buat review tentang blog rakan rakan blogger. Boleh komen tentang isi kandungan entry rakan blogger atau header diorang tu ke..

5) Baca Surat Khabar
Haaa ini memang banyak topik yang boleh ditulis.. Tapi jangan le main copy dan paste .. Kalau boleh tu tulis le mengikut pandangan anda tentang berita yang terdapat pada surat khabar tu..

Hmmm rasanya itu aje yang selalu Mak Dara buat bila dah takde idea untuk update entry.. Hasilnya.... Ini adalah entry Mak Dara yang ke 1097 dalam masa 11 bulan 30 hari hehehe. Ohhh tak sabar nak tunggu ulang tahun ke setahun blog Bicara Mak Dara ni esokkkk huhuhuhu


19 comments:

  1. Betul tu ! Kalau boleh jangan la copy paste sebijik² apa yang ditulis dalam surat khabar. Cuba kreatif sikit. Baru la orang suka .. =)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  2. waduhhhh terharu saya si Anastasyea sudi komen entry picisan saya hehe... tankiuuuu ngeeee =)

    ReplyDelete
  3. Leh amik petua2 ni.

    So far saya selalu try wat nombor 1 tu je kalau xde idea. Selalunya segmen kan suro kite tulis tentang itu dan ini, jadi x perlu fikir2 lg nak tulis psl apa

    ReplyDelete
  4. haaa bagus le idea nih..bleh ler saya buat nanti kalu takder idea nak tulis..anw..thank mak dara sudi komen di blog saya..

    ReplyDelete
  5. mmg sy xde idea nak wat n3,dah 3 4 ari xwat..tup2 mak dara kuarkan tip2 ni..time kasih...:)

    ReplyDelete
  6. Petua Berguna..
    Sy Pun Jarang Update Blog..Hihi

    ReplyDelete
  7. saya pun selalu buat camni kak! tapi segmen memang dah lama saya tak join..

    ReplyDelete
  8. bestnya tip ni... samalah dengan mia.

    yang penting blog kena update... heheheh cerita je lah apa2...

    ReplyDelete
  9. tahniah mak dara, baru setahun jd blogger tp followers dah 2000 lbh....caya la...
    http://drieannastop.blogspot.com/2012/01/baru-2-bulan-kahwin-penyanyi-rock.html

    ReplyDelete
  10. Hebat la MakDara, dalam xde idea tu dapat jugak kasi tip² bernas utk blogger lain, wa caya lu, hehe

    ReplyDelete
  11. kalau xde idea.. alamatnya mmg x berupdate la.. kdg2 ada idea tp xtau nak update yg mana 1 sbb byk sgt idea... kdg2 ada idea tp xde masa.. at last idea berkubur begitu saja. hehehe

    ReplyDelete
  12. Terbaekkkkkk .... ini baru pengalaman mengajar. :) Dari pengalaman yang real macam nilah, baru orang akan angguk2 tanda IYA!

    Mak Dara dah leh buat tutorial .. tutorial menulis skrip ... buat buku dan jual ..masyukkk tu.

    ReplyDelete
  13. setuju tu mak dara!!...biar la ayat berterabur, janji org faham dan yg penting ikhlas dari hati..

    ReplyDelete
  14. Eh! sama dengan lah.. espeaciali yg no.1 & 5 tu (^_^)

    Maaf menyampuk lak kita kat segmen mak dara..

    Jom Join

    Wassalam.

    ReplyDelete
  15. semuanya betul.. kakyong pun bila idea membeku, mulalah join mcm2 segmen & giveaway... ;)

    wah, baru setahun yer blog mak dara.. tp hebat.. ramai kawan ;)

    ReplyDelete
  16. btul2! kadang2 disebabkan takde idea nak update la maka terhasilnya entry merapu. hikhik

    ReplyDelete
  17. boleh guna tips ni bila tak ada idea..:D

    ReplyDelete
  18. hai mak dara.. ingat saya lagi x ?? hik3

    ReplyDelete
  19. tips berguna nie....tq sebab share dengan semua. sy suka tips no. 2 tu....

    ReplyDelete