Saturday, February 11, 2012

Jangan Takut Untuk Membuat GA, Review , Segmen Anda Sendiri..

Efg9-1on-2

As salam.. Mak Dara hari ni terpanggil untuk bercakap mengenai SEGMEN, GA dan REVIEW.. Yup baru baru ni teman mak dara yang baru je buka blog telah banyak menyertai segmen segmen dan GA yang dianjurkan oleh teman teman blogger yang lain.. Dia ada cakap pada mak bila followernya dah beribu ribu dan blognya dikenali ramai dia juga berhasrat mahu mengadakan segmen, review atau GA di blognya.. Hmmm ini membuatkan mak terus berfikir.. Perlukah sesuatu blog itu mempunyai beribu ribu follower dan sudah dikenali saja yang layak untuk mengadakan segmen, GA atau review di blognya? hmm..

Pada pendapat mak.. Sesiapa saja boleh membuat begitu di blognya.. Tak perlu menunggu untuk mendapat ribuan follower atau menunggu sehingga blognya menjadi famous amos baru terasa seperti layak untuk mengadakan sebarang segmen..Yang penting segmen atau GA mestilah menarik dan dapat menarik minat para blogger lain untuk menyertainya.. Dan syarat syarat untuk segmennya tidak menyulitkan atau membebankan untuk disertai.

Mak bercakap dari pengalaman mak.. Kerana mak juga dulu berfikiran yang sama dan mak pernah minta pendapat teman teman dalam entry mak yang ini Layakkah Mak Dara Untuk Buat Segmen, Review atau GA . Dan akhirnya mak telah mengadakan GA pertama mak iaitu Mak Dara 1st Giveaway (GA) dan telah dapat menarik 126 penyertaan. Dan GA ni mak buat masa blog mak baru je berumur sebulan dan time tu rasanya follower pun tak sampai 200 lagi..syukur... Dan ada juga segmen yg mak dara buat tak sampai 3 orang yang menyertainya.. Tapi jangan cepat mengalah.. Kata kuncinya cuba dan cuba lagi insyaallah akan berjaya...

Sooo janganlah anda merasa teragak agak atau takut untuk membuat GA, Review atau Segmen anda sendiri ya.. Dont under estimate ur blog.. =)


9 comments:

  1. setuju jugak..mama tunz berhajat untuk wat GA july ini sempena hari lahir mama tunz....

    ReplyDelete
  2. setuju sangat...oshin pernah buat segmen 2x dan alhamdulillah sambutan tu ada..lepas ni nak try buat GA tp masih fikirkan ape yg nak diberi pd yg bertuah hihi

    ReplyDelete
  3. kalau tak cuba buat..mana nak tahu kan...heee~

    ReplyDelete
  4. Mama tunz: wahhhh best2 kalau buat nnt bagitau saya ya..

    Oshin: wahhhhh bertuah lah siapa yg bakal join GA ashin tu nnt =)

    Ezad: betul3.. tak cuba tak tahu hehe

    ReplyDelete
  5. sy baru skali je buat segmen..mula2 tanya dulu kat blog ada tak yg nak join segemn sy..alhamdulillah ada yg bg sokongan..belum cuba belum tau kan ;)

    ReplyDelete
  6. buat je... heheheh... sesiapa blogger pun mia akan support kalau ada masa... :)

    time ni la... nak ajak follower2 kita berkenalan dengan blogger lain...

    hubungan persahabatan tu yang lebih penting...

    ReplyDelete
  7. betul2...nana buat giveaway je,seronok dpt kongsi dgn kengkawan.even hadiah tu xseberapa....hehe....tp bila pemenang2 inform diorang suka sgt dpt hadiah yg nana bg tu,nana rasa happy sgt,hehe...segmen belum pernah buat lg:)

    ReplyDelete
  8. pernah buat contest sekali, alhamdulillah dapat sambutan jugak! tapi GA dan segmen tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  9. salam...
    tak perlu tunggu follower ribu2 baru nak buar sagment, contest dan sebagainya ...

    jum lah join contest saya heheheheh

    http://www.namiacinta.com/2012/01/handbag-sachs-untuk-di-menangi.html

    ReplyDelete