Thursday, February 9, 2012

Kentucky "FIGHT" Chicken


Waduhhhh tak habis habis la KFC ni dengan masalah masalah kakitangannya tu.. Terbaru tersebar luas video pekerja KFC yang bergaduh dengan pelanggannya.. Sehingga ramai teman teman mak di fb menggelarkan KFC sebagai Kentucky "FIGHT" Chicken... adoyaii


Memang le kita semua tak tahu siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Memang mak pun tak nak tuding jari untuk salahkan siapa siapa.. Namun sebagai pekerja dah memang menjadi tanggungjawab untuk menjaga hati dan kehendak pelanggan.. Walau marah macam mana sekalipun namun kita haruslah berpegang kepada quote "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" . Tapi customer pun janganlah ambik kesempatan atas quote tu pulak kan.. 

Anyway Mak sendiri pernah alami masalah ketika membeli di KFC tidak lama dulu.. Dan mak ada tulis di entry ini.. KFC ALPHA ANGLE KOTOR, SERVIS LEMBAB DAN OVERCHARGE!! Namun mak kagum juga atas keprihatinan pihak atasan KFC yang mengambil aduan mak dara secara serius dan telahpun menelefon dan menemui mak dara dan memohon maaf atas tindakan staff mereka terhadap Mak Dara tu.. 

Diharap pihak KFC lebih prihatin dalam mengawal semua pekerjanya dan semoga KFC dapat meningkatkan lagi prestasinya pada masa hadapan..




4 comments:

  1. huhuhu....penah dgr gak kes ni...tapi dgr kata customer tu chinese, duk kutuk maki2 melayu... mybe dia penat tggu kot... tapi xleh la nk kutuk timbulkan isu sensitif kan...kita pun boleh naik angin kalau bangsa kita dikutuk...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Khabar angin memang dahsyat sebarannya... Apakah yang telah berlaku seharusnya disiasat dengan teliti untuk menegakkan kebenaran untuk mana-mana pihak... Walau bagaimanapun, pukul orang memang dah kira salah dah...

    ReplyDelete
  3. dya pun macam mak tak nak tuding jari utk salahkan sesiapa.. btl kata mak, customer tak boleh lh ambil kesempatan n pekerja pun kena sabar..

    ReplyDelete
  4. sebagai pelanggan kita ada hak membuat pilihan dan berfikir secara rasional.mmg banyak persepsi tentang kejadian ini.
    p/s:I-city tu bukan banyak tempat makan and pilihan pun,lenkali nak pi bawak bekal siap2.

    ReplyDelete