Monday, February 27, 2012

selamat Hari Lahir Azean Irdawaty

27hb Februari 2012 maka genaplah umur seniwati Azean Irdawati 62 tahun.. Mak Dara nak ucapkan Selamat Hari lahir kepada artis idola Mak dara ini.. 


Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga yang tidak.. Nama Mak Dara yang sebenar iaitu Adza Irdawati dan nama Kak Azean ada sedikit persamaannya kan? Sebenarnya memang ada sejarah pada nama mak yang berkaitan dengan seniwati ini.. Ok sebenarnya Ibu mak dara Puan Zaleha sedang mengandungkan mak pada penghujung tahun 70an dulu..dan waktu itu adalah merupakan zaman kegemilangan Kak Azean.. Time tu Kak Azean antara artis paling top dan Ibu mak dara memang terlampauuuuu meminati beliau..

Azean Irdawati di era 70an

Dan apabila Mak Dara dilahirkan Ibu mak nak namakan mak sempena nama kak Azean.. Dia memang mahu namakan mak dengan nama Azean Irdawaty dengan ejaan yang sama.. Haha punyalah minat sangat kan.. Namun Abah Mak Dara yang sedari mula mahu namakan kesemua nama anak anaknya yang bermula dengan nam ADZA (gabungan nama Adenan dan Zaleha) Mak akhinya mak dara diberikan nama ADZA IRDAWATI.. Ibu mak dara akhirnya bersetuju asalkan nama akhir diletakkan seperti idolanya.. Begitulah serba sedikit latar belakang nama mak dara hehe..

Kepada kak Azean Irdawaty.. Saya ucapkan Selamat Hari lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang ditanggung oleh Kak yan itu insyaallah amin..


5 comments:

  1. ooo... camtu rupanya. patut lahhh... nama akak tetap sedap.. :)

    ReplyDelete
  2. tak terkenan ke muka akak dgn azean irdawaty???hehe ~

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mak dara..oh begitu asalnya nama mak dara yer...apa2 pun selamat hari lahir buat seniwati Azean Irdawati...:)

    ReplyDelete
  4. Dia berkongsi tarikh lahir dgn anak saya

    ReplyDelete
  5. emm... klu berkisah tentang pelakon/penyanyi retro ni mesti teringat zaman remaja dulu-dulu. mereka ni tetap memberi sumbangan kpd masyarakat. retro

    ReplyDelete