Monday, February 27, 2012

Tak Payah Nak Tunjuk Alim Sangatlah.. Aku kenal kau siapa..

Fuhhhhh di facebook mak terlihat beberapa teman fb mak yang sedang PANASSSS dengan status update teman mereka.. Status itu telah mencetuskan perselisihan faham antara mereka.. Apa yang mak baca dari komen komen di status itu ialah teman mereka ni ada tulis mengenai perasaannya terhadap teman yang lain yang selalu meletakkan quote quote keagamaan di status mereka dan dia terus tulis statusnya " Tak payah nak tunjuk alim sangatlah.. Aku kenal kau siapa.." fuhhh memang agak pedas kan dan telah mengundang kemarahan dan ketidak puasan hati temannya yang terasa dengan status dia itu.. Dan rentetan dari status itu maka berkajang kajanglah komen yang tidak enak dibaca ditulis oleh ramai orang. Mak tak mahu le komen lebih lebih..

Tapi bagi mak.. Biarlah mereka nak tulis apa pun di status update mereka selagi tidak menghina atau mengganggu gugat sensitiviti orang lain.. Apa salahnya mereka meletakkan quote mengenai keagaamaan.. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”
Apalah salahnya dia menyampaikan sedikit sebaran ilmu agama kepada teman temannya yang lain.. Siapalah kita untuk menjatuhkan hukum layak atau tidak seseorang itu. Mungkin dulu personalitinya berlainan dan mungkin kini orang itu telahpun berubah dan berubah kearah kebaikkan.. Dan rasanya lebih baik kita memberikan sokongan keatas perubahan positifnya itu kan..wallahualam  


17 comments:

  1. aik.. tu la manusia sekarang.. bila kita tunjukk baik siket mesti ade je yg die xpuas hati kan..

    ReplyDelete
  2. nak gaduh pun x pyh lah tunjuk kat public. kalau rasa x suka tgk status orang tu, unsubscribe je. x suka org tu unfriend je

    ReplyDelete
  3. kesian dia. perlu fikir dahulu sebelum buat apa2. siapa kita nak judge orang lain...

    ReplyDelete
  4. adoii tak pasal2 jadi panas kan ..status kt dinding masing2 .. biar la nak tulis apa pun .. :)

    ReplyDelete
  5. tak puas hati le tu dengan org tu. kat facebook alim, real life, makkkkkkkkkkkkk aihhhhhh, 100% lain. kehkehkeh! tapi setuju, tak salah nak kongsi something good kan? :)

    ReplyDelete
  6. biasanya status yg ditulis d facebook bersifat general dan tidak menyentuh mana2 pihak...

    jika ada yang terasa dgn status seseorang tu, mungkin org itu sama seperti yang d gambarkan oleh si penulis status tu :)

    ReplyDelete
  7. *&()^%$#@#%^&**&(()_+*&*^^!!!!! Tu lah status akakkalau marah. :D

    ReplyDelete
  8. nak buat status boleh , tapi seperti mak dara cakap , jangan smpai ggu sensitiviti kan ..
    from jahat berubah kepada baik , tak salah tuh . kan :)

    ReplyDelete
  9. x kesah siapa2 pun.. janji sampai kan perkara baik adalah tugas semua umat :)

    ReplyDelete
  10. kalau bab sensitif ni tak perlulah nak kecoh sangat kan..tapi tu lah kalau ada yang tak puas hati pasti ada yang buat camni..memang HOT topik.

    ReplyDelete
  11. biasalah manusia bukan senang tengok orang lain senang, orang nak buat baik diperli, orang jahat plak dipuja...

    ReplyDelete
  12. setuju dgn kak adza..kalau benda baik tak salah dishare-sharekan...kdg2 yg tak puashati tu pun perangai tak sebaik mana pun...jom kita bermuhasabah diri...

    ReplyDelete
  13. yelah sis..xkn ustaz ustazah je boleh smpikan kata2 agama..org kita lbh suka tgk pd siapa yg menyampaikn berbanding APA yg disampaikan..hurmm =.=

    ReplyDelete
  14. apa salahnya kalau dia nak quote keugamaan. Takkan nak tunggu bersih 100%, baru nak mengingatkan kawan-kawan. Kita sepatutnya bersyukur masih ada yang sudi berkongsi ilmu agama dan secara tak langsung mengingatkan kita.

    ReplyDelete
  15. itulah penyakit org kita sis..suka buat dosa kering.org tu buat benda baik pun nak cr pasal.pelik kan?

    ReplyDelete
  16. Hmm tulah masalah orang kita, bila ada pekaran baik dan yang menyampai tu bukan dari golongan alim ulama, mulalah mereka berkata2 yang tak sedap. Tapi sekurang2nya dia ada juga niat nak menyebarkan pekara2 elok....

    ReplyDelete