Sunday, March 25, 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya Secara Live di PROPAGANZA

Episod pertama Rancangan Propaganza telah berlangsung pada tengah hari tadi.. Rancangan ini telah dihoskan oleh Rezza Mohammed dan Marsha Londoh . Dan rancangan ini telah berlangsung dengan baik sekali namun tiba tiba Awal Ashaari telah masuk ke dalam set dan telah mengejutkan semua orang termasuk krew, pengacara dan terutama sekali kekasih hatinya Scha Al yahya dengan melutut dihadapannya dan memberikan Shya sekotak cincin.. Jelas kelihatan Scha sungguh terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Awal itu... Scha menganggap bahawa ini adalah salah satu dari babak di dalam rancangan ini namun tanggapannya meleset sekali apabila Awal menyatakan ia benar benar mahu melamar Scha sehingga kedua dua mereka menitiskan air mata..


 
pic oleh google 

Terdahulu sebelum bermulanya rancangan ini bermula, Awal ada menyatakan di lama twitternya bahawa dia akan melakukan satu kejutan di rancangan Propaganza itu namun merahsiakan apa yang bakal dilakukannya. Rupa rupanya beliau telah pun bersiap sedia untuk melamar Shca secara di rancangan itu dan ditayangkan secara langsung..

Tweet oleh Awal Ashaari

Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu..


9 comments:

  1. Mak Dara !! hehe, Ety tengok juga Propaganza tadi.
    bila post kat Facebook, kawan2 smua bising
    nak tengok jugaa. hehe :D

    Scha dgn Awal mmg sweet sgt :)

    ReplyDelete
  2. Hye Mak Dara...WOW!!!!!!Romantiknyer.....Semoga Awal & Scha cepat disatukan..Xmo tangguh-tangguh lagi da.....

    ReplyDelete
  3. wow..terlepas la tdi..kena tggu ulangan nih..x silap hari rabu kot

    ReplyDelete
  4. kejotan!!!!!tekejut mak!!!!

    ReplyDelete
  5. terlepas..kt umh dya tak ada astro..:(

    ReplyDelete
  6. waaaaa tk dpt tgk...kat umah takde astro wawawa :(

    ReplyDelete
  7. Rasanya tadi episod kedua mak dara.. Episod pertama minggu lepas yang diaorang siarkan video honeymoon Yusry&Lisa.... Tapi memang semua orang terkejut kan... Best diaorang!!!

    ReplyDelete
  8. alahhhhhh...terlupa nak tengok tadi! mesti sweet kan? saya memang suka diaorang berdua ni..

    ReplyDelete