Thursday, March 22, 2012

Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik.. Errrrk What?

Waduh terkedu dan terkejut Mak Dara tat kala melihat satu iklan di surat khabar semalam.. Kenapa? Moh lihat sama sama...

Dialaog suami 68 tahun:
"Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik Tonik ini lelaki punya selera
Kalau dari dulu ada tonik tenaga batin macam ni. 4 dah bini abang"

Dialog isteri pertama 63 tahun:
"Dah takdir, buat apa nak sedih. Suami sayang dengan Mak ngah 
dapat cucu dapat madu.. redha je lah. Mak ngah nak payung emas
kat syurga nanti"

Dialog isteri kedua 48 tahun:
"Sayang.. makan sekedar perlu aje tonik tu..!! 
Risau saya abang kahwin lagi"

Mak Dara tak mahu komen lebih lebih mengenai produk ini.. Ini iklan mereka.. ikut suka hati mereka lah bagaimana mereka mahu mengiklankannya tapi mak cuma tak setuju part "Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik" ..  Kalau semua suami berfikir begini maka banyaklah kes kelaparan para isteri dan keluarga kerana si suami asyik pentingkan tonik dari beras untuk keluarganya... Tiadakah cara yang lebih baik untuk iklankan produk... adoiiiaiiii


11 comments:

  1. dya pun no komen..huhu..cuma tak cara yg lebih baik ke drpd cara ni.

    ReplyDelete
  2. pengsan la kann hari2 kalo x makan.. hahahaha.. adush.. iklan low class camneh la..

    ReplyDelete
  3. hahaha kurang kan makan nasi, dia suh isteri dia slim sikit kot...ahakssssss opssss

    ReplyDelete
  4. nasi kalau tak makan sehari , kepala jd pening,masuk angin , tekak melayu msti nak nasi gak....jgn la kurang kan beras..kesian isteri 2...beras tu sumber tenaga gak kan...ahaks...

    ReplyDelete
  5. mak dara, terlebih melantak tonik....lain pulak jadinya, bini tak bertambah, penyakit plak dtg....huhu....iklan ni yg penting brg dia laris je.

    ReplyDelete
  6. Ishhh, saya pun rasa iklan nie macam x sesuai la kan Mak Dara. Gambar Muslims, tapi tak terapkan ciri2 Islam. Mengucap saya nengok gambar pokcik tu muncungg jer ngan bini baru... Ishhh...

    ReplyDelete
  7. kalo kuat secara semulajadi xleh ke..sibuk kan org lelaki nk mkn itu ini tambah kuat...

    ReplyDelete
  8. saya pun baru TERtengok iklan ni kat paper.....geli geleman tgk pokcik tu...siap tepek no. henfon lg!

    ReplyDelete
  9. iklan nie jugak la jadi isu borak kami kaum suami semalam...Mak Dara! Selepas tu..tetiba isteri orang (budak opis jugak) datang...hishh! gatai punya laki. dah tua-tua..nak jadi model hero remaja! gelinya..

    marketing strategi la katakan...

    ReplyDelete