Friday, March 9, 2012

Fuhhhh Bagai Nak Luruh Jantung..

Fuhhhhh syukur alhamdullilah akhirnya drama PUTERI SALAMIA episod pertama telah pun di tayangkan di RTM2 petang tadi.. Bagai nak luruh jantung tatkala menonton drama hasil skrip Mak Dara dan adik Mak iaitu Adza Emie tu dan telah diterbitkan oleh Puan Zay Haji Datuk Basalie.. Ye lah maunya tak gabra dalam drama tu ada mak masukkan nama nama blogger blogger otai sebagai watak watak utama drama itu.. Antara nya ialah Ben Ashaarinama anak saudara Mak Dara iaitu Elia blogger Jejari Runcing dan blogger ke tiga yang telah mak masukkan dalam drama ini ialah nama Blogger Rose Johari..

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Ebi Kornelis membawa watak sebagai Kesatria Qalif/Ben (Ben Ashaari)
Ridah Malanjang membawa watak sebagai Rose (Rose Johari)
Arbaya Suni membawa watak sebagai Elia ( Aimi Harmelia)

Namun watak watak seperti watak Ben dan Elia akan mula muncul pada episod yang kedua.. Watak Rose dah pun muncul pada episod pertama tadi.. Jadi kalau sudi tontonlah episod kedua drama PUTERI SALAMIA ini pada Jumaat depan di RTM2 pada pukul 3 petang ya.. Terima kasih atas sokongan andaaaaa =)


7 comments:

  1. saya tonton tadi...awal2 cerita mcm boring je citenye...tp bila part putri salamia dah ghaib ke dunia lain tu yg dah start menarik tu...tak sabar pulak nk tunggu next episod...

    ReplyDelete
  2. tak tengok pom tadi sebab busy :(

    ReplyDelete
  3. adinda sudah menontonnya wahai kekanda..begitu gembira hati adinda kerana tutur bicara hasil skrip kekanda begitu tersusun indah....tahniah kpd kekanda..semoga terus berjaya..

    p/s dinda tumpang gembira walau nama tiada tertera...ehhhh..saja je ngada2 nih...mama tunz mmg minat ebi AF ni..sore dia sedap tau lau nyanyi..kan?

    ReplyDelete
  4. tak dpt tengok sbb duk keja lagi tadi...huhu..


    ***kalau nk tengok ulangan camne ekkk...any idea...hihi

    ReplyDelete
  5. alahai, lambat dapat tahu ni. kalau tidak, pasti petang tadi dah standby depan tv. takpe minggu depan ada lagi kan ...

    ReplyDelete
  6. tak dapat tengok pun..ada kelas smpai ke petang..=(

    ReplyDelete
  7. elok kalau TV2 tu ada siaran ulangan atau buat sebelah malam...

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK