Tuesday, March 13, 2012

Ibu Nurul Nadhirah Terima Ugutan Sms

Mak Dara baru sahaja menonton berita Buletin Utama sebentar tadi dan terkejut dengan berita tentang Ibu kepada kanak kanak malang iaitu allahyarhamah Nurul nadhirah yang menerima sms berbaur ugutan...

snap shot dari tv mak dara

sms ugutan yang diterima (snap shot dari tv mak dara)

Masyaallah..Tidak cukupkah apa yang dialami oleh ibu dan keluarga ini sehingga ada manusia yang tidak berhati perut menghantar pula sms ugutan sebegini!! Manusia jenis apakah yang sanggup berbuat begini.. Difahamkan bahawa keluarga allahyarham telahpun membuat laporan polis dan semoga yang menghantar sms ni ditangkap! Kenapa harus menjadi terlalu KEJAM!

Bagi seorang Ibubapa tak dapat dibayangkan bagaimana jika perkara begini berlaku pada anak anak kita.. Semoga keluarga arwah adik Nurul tabah menghadapi dugaan demi dugaan ini dan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH..


6 comments:

  1. Ya Allah apa lah si binatang tu ! langsung tak ada hati perut ! :'(

    ReplyDelete
  2. kejam KEJAM . geram sgt dgn si pelaku

    ReplyDelete
  3. ape kena la ngan org tu? ska ni skang ni manusia dah sanggup wat mcm2.

    ReplyDelete
  4. semoga keluarga arwah terus tabah..

    ReplyDelete
  5. yuppp manusia berperangai haiwan saja yang sanggup buat macam tu,.. semoga balasan setimpal kena pada orang tu..

    ReplyDelete