Monday, March 26, 2012

KAKA Tidak Menumpang Populariti Ratu Rock Ella


Di corong corong radio kini kerap dimainkan lagu BAWAKU PERGI. Namun tahukah anda bahawa penyanyi lagu ini KAKA adalah anak saudara kepada Ratu Rock Ella.. Patutlah suaranya pun sedap seperti makciknya itu.. Di dalam lagu itu Kaka berduet bersama Zizan Raja lawak. Mari lihat biodata Kaka

Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
Umur: 23 Tahun
Mula menyanyi pada umur 8 tahun
Single Terbaru: Bawaku Pergi (Feat Zizan Raja Lawak) 



Akui Kaka, meskipun minat menyanyi setinggi gunung namun dia mengambil masa yang lama untuk melangkah masuk ke lapangan seni suara. Salah satu alasannya, Kaka bimbang tidak mampu mengendalikan kontroversi kerana dia pernah melihat ibu dan ayah saudaranya, Ella & Korie dihambat dengan gosip menyakitkan. 

Setiap kali jika terdapat artis baru yang mempunyai pertalian darah dengan artis artis yang telahpun  popular, mereka selalu dicop sebagai menumpang populariti artis popular itu kan. Namun bagi Mak Dara perkara ini tidak berlaku pada Kaka ini kerana lagu Kaka telah diterima ramai dan lagu itu telah menjadi hits sebelum semua mengenali siapakah Kaka yang sebenarnya . Ini bermakna lagu yang dinyanyikan oleh Kaka amat bermutu dan tidak perlu menumpang populariti sesiapa.. All the best kepada Kaka semoga akan tampil dengan lebih banyak lagu hits...




8 comments:

  1. hehe =) Mak dara pun dulu tau lagu aje tertanya2 siapakah penyanyi lagu ini rupa2nya ia adalah Kaka ..

    ReplyDelete
  2. oohh... sebelum ni selalu dengar lagu tu... tp tak tahu pulak dia anak saudara ella...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mak dara...oh! Kaka anak saudara ella rupanya baru tahu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam maszull.. ada sikit2 mcm rupa ella kan..

      Delete
  4. ermmm..tak pernah dengar pulak sebelum ni..
    rupa dia ada iras ella lah..

    ReplyDelete
  5. ye ke.. rasanya lagu tu selalu dipasang di radio era dll lagi .. ada sikit2 kannn

    ReplyDelete