Friday, March 30, 2012

Sampaikan Doaku Di Tanah Mekah Duhai Teman


Assalam duhai teman.. Pagi pagi ini Mak Dara menjadi terharu dan sebak tatkala menerima satu sms dari teman baik Mak iaitu Zay Jurey yang sedang mengerjakan umrah. Dalam smsnya tertulis " Kak I depan Kaabah sekarang. Nak kirim doa tak? Sms doa akak pada saya ya" .. Masyaallah bertapa suci dan murninya hati yang bernama sahabat mak ini.. Walaupun berada di tanah suci mekah dan sedang menjalankan umrah namun masih teringat akan sahabatnya.. Inilah yang dikatakan teman sejati.. 


Zay (kanan) bersama adiknya Eera

Dan mak telah pun smskan doa akak padanya sebentar tadi... Semoga Zay dapat sampaikan doaku di tanah suci itu...mudah mudahan....

Mak Dara dan Zay di Festival Filem Malaysia thn lepas =)

Zay merupakan seorang Penerbit/Producer Drama dan juga merupakan isteri kepada pengarah dan penerbit hebat En Jurey Rosli... Drama terbaru yang mak dan adik mak tuliskan skrip untuk drama yang diterbitkan oleh Zay ialah drama bersiri tauk PUTERI SALAMIA yang ditayangkan setiap hari Jumaat di RTM2 pukul 3 petang.. Petang ini ada lah drama ni.. Kalau sudi sudi tu tontonlah ye hehe..


Akhir sekali, semoga umrah yang dijalankan oleh Zay berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke tanah air bersama keluarganya.. Terima kasih zay.. Jutaan terima kasih kerana sudi untuk sampaikan doaku di tanah suci itu.. Semoga tuhan membalas kesucian dan ketulusan hatimu itu....

6 comments:

  1. Blogwalking here...
    cik iena follow your blog..
    follow my blog juga ye(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
  2. rindunya pada kaabah... entah bila boleh bersua... hmmm...

    ReplyDelete
  3. Rindunyaa nak ke sana.. lagi.. baru je balik..minggu lepas.. Moga umrahnya berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  4. sy pun sama duk plan nk ke sana...hehe..

    semoga dimakbulkan...

    ReplyDelete
  5. seronoknyaaa.. nak kirim doa jugak la!

    ReplyDelete