Thursday, March 8, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Syed Wafa

Syed Yusof Wafa Syed Nordin.. Siapa yang tidak kenal dengan Syed Wafa? Di kalangan wartawan,ramai tahu Syed Wafa dulu pernah bekerja beberapa akhbar dan majalah hiburan tetapi sekarang dia sudah berkecimpung dalam bidang penganjuran majlis untuk badan korporat dan kerajaan. Dia juga pernah melukis potret dan bertemu ramai artis antarabangsa seperti Michael Jackson, Mariah Carey dan Celine Dion.

Mak Dara ada pertama kali bertemu dengan beliau semasa sesi fotogrfi Saiful Apek, CD Naz, Angah Rajalawak, Diarra dan ketika Mak Dara bersama band Mak Dara D'ADZA. Fotografi itu dikendalikan Oleh Majalah Media Hiburan dan diketuai oleh Syed Wafa sendiri. Ketar jugak Mak Dara dan anggota D'ADZA yang lain.. Maunya tak sbb pertama kali bertemu dengan Syed Wafa yang amat kami kagumi. Namun kami terkejut dengan layanan baik dan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh beliau.. Beliau menjaga kami dengan sebaiknya.. Dari makeup , ke fotografi hingga ke makan semuanya diteliti olehnya. Alhamdullilah fotoshoot tu pun berjalan dengan lancar dan dah diterbitkan tak lama selepas itu.


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)
(Mak Dara paling kanannnn hehe itu imej lama ya )


Masa ni Abg Saiful duduk atas meja mmg kelakar


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang2 kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)

CERITA RAYA APEK, Diarra, CD Naz & D'ADZA @ MAJALAH MEDIA HIBURAN
(tankiuu to Syed Wafa kerana sudi menjemput kami =)

Itulah Syed Yusof Wafa Syed Nordin setakat yang Mak Dara kenali.. Dan hari ini 8hb Mac Mak dara nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran semoga dipanjangkan umur dan dimurahan rezeki kepada Syed Wafa. Insyaallah.. Amin


5 comments:

  1. Happy birthday to him! Semoga dirahmati selalu.

    Mak Dara, masa tu tahun berapa in those pictures?

    ReplyDelete
  2. hepi besday juga utk syed wafa...
    p/s cun lah mak dara masa nih..auwww

    ReplyDelete
  3. lama dah tak jenguk D'Adza perform. rindu pulak... huhu..

    ReplyDelete