Tuesday, March 20, 2012

Siti Nur Fatihah Diculik

Baru sahaja kita dikejutkan dengan kehilangan dan kematian kanak akanak malang Dirang.. Kali ini kita dikejutkan lagi dengan kehilangan adik Siti Nur Fatihah yang dikhuatiri telah diculik semalam.

 

Adik Siti Nur Fatihah dikatakan telah keluar untuk membeli reload coupon telefon di sebuah kedai berdekatan bersama dua orang adiknya namun tiba tiba sebuah kereta tiba tiba berhenti sebelah mereka dan seorang lelaki keluar dari kereta itu dan terus menarik adik siti masuk ke dalam kereta itu secara paksa. Adik siti menjerit meminta tolong . Kedua adiknya cuba membantunya namun tidak berjaya. Difahamkan kereta yang digunakan oleh penculik untuk menculik adik Siti adalah sebuah kereta Honda berwarna Ungu gelap dan dipandu oleh seorang wanita. Kejadian berlaku di Taman Tas.

Mak Dara tak pasti jika adik Siti telah ditemui atau belum.. Tapi jika belum...pada sesiapa yang ada maklumat atau terlihat kanak kanak ini silalah hubungi pihak polis atau ahli keluarga adik Siti secepat mungkin di talian parents at 019-9813361 and 019-9897807.

Sila copy and share entry mak ini jika mahu membantu ya..


17 comments:

  1. takut tau kak liza dgn berita ni. doa moga dpt jumpa balik. kejamnyalah mereka ni.

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah naik seram dibuatnya.. Rumah saya dah mula terkunci rapat.. Dari pagar sampai le ke pintu.. kunci mangga dah ditukar dari kecik ke yang besar gedabak.. Anak anak pun dah tak kasi main diluar dengan kawan2.. kalau nak main main dalam rumah..

    ReplyDelete
  3. lepas satu, satu lagi kes kan... memang bahaya keadaan kat malaysia sekarang ni :(

    ReplyDelete
  4. muga adik fatihah akan dijumpai dengan selamat

    ReplyDelete
  5. dekat jer ngan tempat shark kt kuantan nie..
    terkejut gak 100 meter punya dekat pn leh culik lg..
    ni yg wat suspen..

    ReplyDelete
  6. Macam macam sekrang ni.. Ya ALLAH harap harap tak de ape2 yang berlaku.. AMIN..

    ReplyDelete
  7. musim culik budaklah sekarang ni... risaunya kalau ada anak dara ni...

    ReplyDelete
  8. takot btol dgn dunia skrg ni...ingt dlm drama aje ada...realiti pun dh ade...huhuhu....mtk2 selamat lah semuanya...

    ReplyDelete
  9. moga dia ditemui dengan selamat..

    ReplyDelete
  10. isk, ramai sungguh penculik tegar di dalam dunia ini. hope adik siti boleh segera ditemui. amin...

    ReplyDelete
  11. takutnye mcm2 cerita pasal anak2 ni...semoga kita tidak terleka...dan semoga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  12. pagi tadi ada dgr radio...tp tak pasti la org yang dijumpai tuu adik siti.......but, apa yg DJ tuu ckp, budak tuu da jumpa dkt thailand.....diaorg otw nak jual dia......scary kot.....

    ReplyDelete
  13. sorry...tadi punya komen, bkn adik siti.....but ada sorang lg budak kena culik last week....

    ReplyDelete
  14. yuppp melasia ni macam dah x selamat,.. menulik, membunuh,..semua dah macam perkara biasa.. mugkin sebab jurang ekonomi kot, ..pokoknya ibu bapa perlu berhati2 sekrang ni...

    ReplyDelete
  15. Akak yang dah tak berapa nak mudani pun rasa takut nak keluar!

    ReplyDelete
  16. takutlah sekarang ni banyak sngt jenayah :( rasa tak selamat dah

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK