Saturday, March 10, 2012

Tiada si bujang di dalam syurga

Rasullullah SAW bersabda:
“Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
- Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
- Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
- Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
- Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
- Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
- Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


7 comments:

  1. thanks ida share benda baik...
    love u muahhhhhhhh...

    ReplyDelete
  2. best la entry ni..

    jom terjah entry afiq yang baru
    http://afiqyassin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya sangat suke entri ni mak dara...

    ReplyDelete
  4. semua itu akan berlaku sekiranya amalan si wanita itu diterima Allah dan masuk ke Jannah Allah.

    pendek kata, jgn bermimpi di siang hari jika amalan kita pon masih entah ke mana.

    nice info mak dara! ;)

    ReplyDelete