Wednesday, April 25, 2012

ANTM Musim Ke-18 Kembali..

Salam Dolls,

Mak Dara betul-betul excited sejak buka Channel StarWorld 711 (astro) hari tu, dan disiarkan iklan untuk musim terbaru America Next Top Model.. Wuhuuu..!! Jadi, Mak Dara pun duduk terpacak depan TV bila start saja siaran ANTM sebentar tadi, lepas ni setiap malam rabu Mak Dara confirm akan sibuk, sibuk tongok TV. Lol.



Baru saja beberapa hari lepas Tyra Banks keluarkan kenyataan yang pada musim yang akan datang cycle 19, Nigel Barker, Miss J, Mr J, semuanya diberhentikan. Menang Mak Dara sedih marah, tak puas hati tapi kadang-kadang perubahan perlu dilakukan untuk lebih maju ke depan kan lagipun mesti dah kaya lah dapat kontrak untuk 18 cycle dah kan. hehe

Untuk musim yang terbaru ni, 6 orang model 'All Star' daripada musim-musim lepas Britian Next Top Model kembali  berentap bersama 6 orang model baru america, agak-agaknya Tyra Banks cuba naikkan rating dengan ajak orang Britain tengok sama cycle terbaru ANTM, macam mana rancangan-rancangan realiti Malaysia selalu buatlah kan.. (wink wink)


Nama-nama perserta bagi cycle 18 adalah, Laura, AzMarie, Eboni, Kyle, Mariah, Candace, Seymone, Louise, Annaliese, Catherine, Sophie, Ashley, Alisha, Jasmia & Laura.

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang pula adalah seperti, Kontrak Peragaan dengan LA Model & NY Model, Menjadi tetamu koresponden di rancangan popular US, EXTRA. Fesyen Spread dlm Vouge Italia, muka hadapan serta spread dalam Beauty In Vouge. IT, Spokeperson / model untuk minyak wangi keluaran ANTM berjenama Dream Come True, termasuk merakamkan satu single musik yang akan diterbitkan oleh CBS Records, dan yang terakhir kontrak bernilai USD 100,000 dengan Cover Girl
Hadiah yang ditawarkan memanglah hebat, kalau lah Malaysia pun ada Malaysian Next Top Model apa jenis hadiahlah yang ditawarkan ye? Insya Allah yang hebat-hebat tambahan kalau pengacara dia model Melayu, Raja Azura ataupun Amber Chia (walaupun BM dia kurang baik tapi english dia bagus) semua pasti menonton bukan..

Jikalau korang pun gila tengok ANTM macam Mak Dara, bolehlah hantar aktiviti korang yang ada kena mengena dengan ANTM spt tengok rancangannya, browse tentangnya, dan sebagainya bolehlah rakamkan aksi korang dan hantarkan gambarnya ke twitter Mak Dara iaitu @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD

Plus, jangan lupa undi Mak Dara dalam DiGi WWWOW Award 2012 dalam kategori Nuffnang Fav Kay Poh, boleh dapat 2 undi kalau korang guna acc FB & Twitter.. follow link ini ya.. Bicara Mak Dara - Nuffnang Fav Kay Poh

Thanks Dolls!

*pic oleh google

No comments:

Post a Comment