Friday, April 27, 2012

AREA 27 Kebangaan Dato' Bernard Candran

Salam Dolls,

Sebut saja Dato' Bernard Chandran pasti semua orang kenal akan pereka pakaian terkenal lagi kacak ini kan, resume nya penuh dengan kejayaan yang pastinya banyak melonjak nama industri fesyen Malaysia ke persada dunia. Mungkin ramai yang tak tahu tapi Dato Bernard pernah menjadi juri jemputan dalam rancangan popular Britain Next Top Model, musim ke 6, episode ke 12 dimana top 3 model akan mengayakan fesyen rekaannya di London Fashion Weeks.

Awal minggu ini Dato Bernard telah turun padang sempena pembukaan rasmi butik pakaiannya yang dinamakan Area 27 di Bukit Bintang, ramai artis terkenal seperti Deborah Henry, Jehan Miskin, Debbie Goh, Joanne Rozario dan Dennis Lau  menghadiri majlis pembukaan tersebut

Ini adalah gambar-gambar sekitar majlis perlancaran tersebut yang Mak Dara perolehi daripada emmagem.com :







Mak Dara sendiri pun dah pasang niat siap bagitahu dengan somi mak lagi yang nak menjengah ke kedai Dato Bernard dalam masa terdekat, jadi sesiapa lagi yang berminat, pergilah ye ke Area 27, alamat penuhnya Lot D3, Basement Floor (Street Level) Block D, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kita support industri fesyen tempatan!!

Jangan lupa undi Mak Dara dalam DiGi WWWOW Award 2012 untuk kategori Nuffnang Fav Kay Poh : ikut saja link yang Mak Dara bagi dan ingat boleh buat 2 undian dengan acc FB serta Twitter : Bicara Mak Dara - Nuffnangs Fav Kay Poh

Thanks Dolls!

2 comments:

  1. santai je rekaaan dia..

    Done--vote for today.. ;)

    ReplyDelete
  2. oh.... mcm pesaing uniqlo jer.:)

    ReplyDelete