Tuesday, April 3, 2012

BERANI PUNYA BUDAK


BERANI PUNYA BUDAK! Kalau Takut Dipukul Gangster, Jangan Berumah Dekat Rumah Gangster.. Perghhhh mendengar nama filem dan tagline filem ini sahaja boleh digambarkan bertapa filem ini pasti besttt dan kelakor kannn.. BERANI PUNYA BUDAK adalah filem terbitan dan arahan Afdlin Shauki yang babak ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia tak lama lagi..

Mak Dara berasa amat bertuah kerana telah dijemput untuk ke Majlis Tayangan Eksklusif Dan Sidang Media Filem BERANI PUNYA BUDAK ini.. Waduhhhh terujaaaaa dengan jemputan ini.. Jutaan terima kasih kepada Azwan  Hashim, Media Relations Executive bagi filem ini.

jemputan ke majlis Tayangan Eksekutif dan Sidang Media 

Sinopsis Berani Punya Budak

Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data informasi pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.

Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.

Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.

5 comments:

  1. nnti mak dara dh tengok jgn lupa review ye..nk tahu jugak best ke tak..hihi

    ReplyDelete
  2. wahh afdlin jd gengster.mesti best n lawak

    ReplyDelete
  3. hahaha..mesti lawak ni..baca tagline dia pun dah lawak..

    ReplyDelete
  4. tak berapa gemar dgn pelakon afdlin shaukki

    ReplyDelete