Wednesday, April 25, 2012

DKNY : Design Pakaian Untuk Wanita Berbadan Besar?

Salam Dolls,

Korang mesti ada terfikir kan model-model dalam magazine advertisment ataupun iklan komersil untuk jenama terkenal DKNY mestilah yang kurus-kurus, supermodel looks, senang nak cerita tubuh badan yang hanya beberapa peratus wanita Asia miliki.. Badan macam Mak Dara ni, memang susah nak cari baju tapi berita gembira untuk semua wanita yang berbadan besar dan teringin mengayakan jenama pakaian yang agak mahal seperti DKNY kerana kini ia telahpun mempunyai line untuk plus size women bagi Musim Bunga 2012..

Jom Mak Dara bagi sedikit sebanyak gambar dari koleksi terbaru Plus Size Women DKNY Spring 2012 :


Mak Dara paling suka blaus ini, tips penting dimana jikalau seseorang yang berbadan besar itu memakai kemeja / baju dengan 2 tona yang berbeza boleh membawa ilusi yang bandannya lebih panjang dan yang penting mestilah 'flowing' kemeja itu..

Cardigan yang besar juga penting bagi setiap wanita yang berbadan besar
hal ini kerana cardigan ini dapat membantu menutup bahagian perut mahupun dada yang besar
tapi perlu ingat, potongan cardigan ini mestilah yang sesuai jangan terlalu straigh / plain saja ya


Cantik-cantik bukan... Harapan Mak Dara, untuk peniaga-peniaga di Sungai Wang ataupun Times Square itu nanti tolonglah jual pakaian-pakaian yang dalam saiz lebih besar supaya wanita macam Mak Dara yang plus size ini boleh lah shopping dengan lebih senang hati dan tak over budget, hehe.

Bergaya ikut trend bukanlah hanya untuk wanita yang berbadan ramping saja, jadi jikalau anda berbadan besar dan bergaya serta confidence, jangan lupa hantarkan gambar anda ke twitter Mak dara iaitu @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD dan Mak Dara dengan besar hati akan masukkan gambar-gambar anda ke entri akan datang..

Jangan lupa undi Mak Dara setiap hari untuk DiGi WWWOW Awards 2012, untuk kategori Fav Kay Poh. tekan saja ke link ini Bicara mak Dara - Fav Kay Poh



4 comments: