Tuesday, April 24, 2012

Gaya Fesyen Terkini - High Waisted Long Skirt

Salam Dolls,

Hari ini Mak Dara nak share salah satu style fesyen popular beberapa tahun lepas yang kembali menjadi popular pada Musim Luruh 2012. Ianya kegilaan kaum wanita tanpa mengira saiz badan, bertudung ataupun tidak. Apa lagi kalau bukan fesyen memakai skirt labuh di atas paras pinggang, personally Mak Dara belum lagi ada kesempatan nak cuba style ini disebabkan masalah perutku yang amat 'seksa'. LOL. Tapi Mak Dara memang suka sangat melihat kaum wanita lain memakai gaya ini, ia sopan dan yang lagi penting, menambahkan ketinggian seseorang wanita hal ini disebabkan skirt yang dikenakan dari atas paras pinggang memberikan ilusi yang seseorang itu lebih tinggi, dan bagi mereka yang ada masalah perut buncit seperti Mak Dara ini, jangan lupa kenakan gurdel / under garment / spandex yang boleh bantu mem'flat'kan bahagian-bahagian yang tak flat, hehe.

Contoh-contoh gaya High Waisted Long Skirt yang dikenakan adalah seperti berikut.. Boleh cuba-cuba ikut gaya mereka ini.

 Bagi yang meminati gaya Hippi Chic boleh kenakan dengan topi fendora yang boleh
menambahkan karekter menawan bagi si pemakainya

 Untuk yang tidak bertudung dan berani boleh gayakan high waisted long skirt
bersama singlet dan aksesori rantai yang menarik, dan jangan lupa 
kenakan bersama kasut tinggi kegemaran anda

 Dan bagi yang bertudung seperti Mak Dara bolehlah gayakan high waisted long skirt
bersama kemeja pilihan dan tudung yang boleh dikenakan pelbagai gaya

 Najwa Latif juga bijak gayakan trend terkini
dengan pilihan warna blaus dari tona warna yang sama.
Gambar dari Google

Menarik bukan gaya terkini High Waisted Long Skirt, banyak dijual di kedai-kedai pakaian, dari harga yang murah seperti di kedai RM20-30 di Sg Wang & Times Square hinggalah di kedai lebih berjenama seperti Variante (Pavillion), Cotton On, Forever 21 & banyak lagi..

Jangan lupa sertai segmen Mak Dara melalui akaun twitter anda dan twit gambar terbaik anda mengayakan fesyen skirt labuh ini ya, ke @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD 

Plus, sudilah kiranya mengundi Mak Dara setiap hari untuk Digi Woww Award 2012 bermula sekarang hingga 13 Mei untuk NuffNang Top Fav Kay Poh ( link ) Digi Woww Awards Nuff Nang Fav Kay Poh 

22 comments:

  1. ouch...mmg cntik...tapi saya juga ada mslh perut dn saiz...hehhee

    ReplyDelete
  2. MD..org kurus pakai ape pun cantik..ape kata cerita pasal fesyen si Plus size..

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea gak tu.. ok nnt mak karang fesyen utk plus size pulak hehe

      Delete
  3. eka pun suka pakai skirt hehehehehe

    ReplyDelete
  4. mak dara, ada tak blogshop yang jual ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrrr nnt mak cari.. kalau ada mak kasi add dalam entry ni nanti ye =)

      Delete
  5. Hari ni Kak Mirror dah vote pepagi buta, nampaknya tak boleh nak vote lg.. so, kita "jumpa" lg esok je la Mak ye. InsyaAllah.

    ** skrg ni mmg tgh pesen skirt2 labuh. K. Mirror pun ada terbeli itu ari..belikan anak, tp anak tak suka, terpaksa K.Mirror yg pakai. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tankiuuu kak mirror.. saya pun dah vote tgh hr tadi.. sehingga ketemu esok ye hehehe.. hantor le pic kak mirror pada saya boleh saya masukkan dalam blog saya ni hehe

      Delete
    2. Dah vote Mak utk pagi ini.

      Pix?. Ok..ok, nt Kak Mirror anto.. kena cari dulu gambo yg cun (tapi takde)..hehe. Nak post guna apa ye?. Email ada?

      Delete
  6. saya pilih yg no 3 MD .. suke , lebih sopan sebagai wanita muslimah , cuma kalau saya tudung tuu dilabuhkan sikit lah .. ;)
    ekekek saya nye spare tayar pun x membenarkan saya pakai macam nie MD huhuhu ;)

    ReplyDelete
  7. tp kan nampak cam pelik je gaya si najwa latif tu...

    ReplyDelete
  8. mmg sgt cantik tp xde keberanian..
    hihih

    ReplyDelete
  9. I like!!!! tapi... ermm.. Miera susuk badan besar.. tah sesuai tak dengan potongan badan.... Hmmm......

    ReplyDelete