Thursday, April 26, 2012

Gaya Wanita Terkini : Masculine Looks

Salam Dolls,

Jika dalam entri yang lepas Mak Dara khabarkan  tentang style fesyen yang begitu kewanitaan High Waisted Long Skirt,  kali ini Mak Dara nak update korang tentang style fesyen terbaru 2012 yang kian panas, iaitu Masculine Looks dimana para wanita yang berani mengayakan blazer, kot dengan seluar slack.

Gaya ini bukan saja boleh digayakan ke pejabat, malahan boleh digayakan untuk berlibur di hujung minggu, acara rasmi, black tie dan banyak lagi. Mak Dara sudah lama nak tulis entri mengenai gaya Masculine Looks, sejak Mak Dara melihat artis jelita Nur Fazura mengayakannya dengan penuh class dengan sepatu tinggi dan seluar paras lutut yang melengkapkan gaya ini hingga dikatakan 'perfection'


Lihat saja ke bow tie, blazer sequins, pulled up hair, lipstick merah
memang jelita sekali, Mak Dara terpukau memandangnya..

Antara top 12 pilihan para editor majalah-majalah terkenal seperti Harpers Bazzar, Vouge untuk Spring 2012 adalah masculine looks ini, jadi apa salahnya jikalau mencuba gaya berani dan fashion forward ini korang.

 Nampak 'kerlassss' bukan gaya ini, bagi mereka yang berbadan 
besar juga boleh gayakannya cuma ingat perlu ada under garment @ gurdel


Halle Berry  juga tidak ketinggalan mengayakan gaya
 MasculineLooks baru-baru ini di tayangan perdana filem terbarunya di L.A

 Antara jenama-jenama pereka fesyen terkenal
 yang mengetengahkan gaya Masculine Looks di pentas peragaan mereka

Segak juga jika gaya Masculine Looks ini dikenakan
dengan tona warna Putih, bagi menambahkan keanggunan dan sifat feminin ke dalam gaya ini

Bagi mereka yang meminati gaya ini, boleh mix & match warna pilihan supaya nampak lebih ceria, warna yang sesuai untuk di 'mix & match' adalah seperti warna kuning & oren dengan kemeja dalam berwarna hitam, merah dan biru juga dengan tona kemeja yang gelap, dan sebagainya.

Di mana boleh dapatkan gaya ini, banyak.. Seperti di Zara Women, Ralph Lauren, dan di merata lagi, harga yang murah-murah juga banyak, cuma perlu bijak mencarinya.

Anda mempunyai pakaian gaya Masculine Looks? Jom hantarkan gambar anda mengayakannya ke Twitter Mak Dara @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD, boleh guna aplikasi dari twitpic, instagram, lockers, yfrog & sebagainya.

Jangan lupa tolong undi Mak Dara untuk DiGi WWWOW Awards 2012, kategori Fav Kay Poh. Tekan saja ke link ini.. Bicara Mak Dara - Fav Kay Poh


*semua gambar diatas adalah oleh GOOGLE. Terima kasih google (:


3 comments:

  1. cantik dan nampak hebat tp rasanya sesuai untuk yg bertubuh tinggi lampai dan langsing agar bumper x nampak... dan good luck untuk contest DiGi, semoga bertuah..

    ReplyDelete
  2. Dh vote mak ni.
    Sgt cantik dgn gaya camni. Tetiba plak suka fazura.hehe

    ReplyDelete