Thursday, April 5, 2012

Perkara Kecil Yang Boleh Menambat Hati Isteri



Tidak semua isteri mahukan hadiah yang mahal mahal dari suami mereka.. Tidak perlukan makan malam yang mewah.. Dibawa bercuti ke luar negara.. Kami tidak perlukan perkara perkara yang luar biasa dari para suami untuk rasa disayangi.. Para suami pun tidak le perlu untuk memikirkan perkara perkara yang tidak tergapai untuk menunjukkan betapa sayangnya anda pada isteri anda.. Tapi kalau hari jadi atau ulang tahun perkahwinan tak apa lah.. Tapi takkan hanya nak tunjukkan kasih sayang pada hari hari penting sahaja kan. Bagaimana dengan hari hari biasa yang lain? 

Mak pun bukanlah pakar rumahtangga.. Namun Mak dan ahli mesyuarat tingkap mak iaitu adik beradik mak selalu juga berbincang pasal ini.. Dan hari ni mak terpanggil untuk sharekan perbincangan kami tuiaitu perkara perkara kecil yang boleh menambat hati isteri. So kepada para suami boleh le baca mana tahu boleh le praktikkan nanti pada isteri anda ehehe

Perkara Kecil Yang Boleh Menambat Hati Isteri

# Apabila berselisih dengan isteri di rumah, apakata jangan terus berlalu aje.. sentuh le isteri anda ataupun sekurang kurangnya lemparkan senyuman padanya.. 

# Apabila sedang tengok TV tu.. Apa kata panggil isteri anda untuk duduk di sisi anda. Jangan la suami baring di depan tv manakala isteri duduk di hujung ruang tamu.. Jangan pula nak segan pada anak anak.. Bukannya buat apa pun kan.. duduk aje kan.. Percaya atau tidak anak anak pun suka melihat jika ibu dan ayah mereka kelihatan bahagia bersama.

# Sesekali tengah makan tu apakata suap le si isteri tu.. Bukannya suap sampai habis sepinggan.. Sesuap pun jadilah.. Pasti si isteri dapat rasakan hubungan mesra dari anda. Begitu juga dengan minuman.. Sekali sekala berkongsi minuman pun romantis juga kan..

# Sesekali tu apa kata bila isteri sedang cuci pinggan, cuci baju, lipat baju, si suami menghampiri isteri dan membantunya.. Fuhhh pasti isteri bersemangat nak habiskan kerja rumah untuk bersama anda 

# Pelukan yang mengejut.. maksudnya macam angin tidak ribut tidak tiba tiba anda peluk isteri anda .. Pasti dia terkejut dan suka.. Takkan nak tunggu kena ada berita gembira aje baru nak peluk isteri kan..

# Apabila berbual dengan isteri tu cuba mencelah dengan memujinya.. Seperti tengah bincang pasal paip rumah yang bocor tiba tiba anda tatap wajah isteri dan kata "Awak kiutlah/gojeslah/seksilah" contonyalah haha.. pasti si isteri tak expect dan terkejut dan pasti akan blushing dan suka..

# Sesekali ucapkan kata rindu pada isteri.. Terutamanya ketika para suami di tempat kerja.. Dan bukannya telefon isteri dan hanya tanya pasal anak anak dirumah ataupun barang apa nak dibeli

# Sekali kali panggilnya dengan panggilan manja. Nama yang anda selalu panggil isteri anda masa tengah sakan bercinta dulu dan bukannya panggil mama.. ibu.. atau "eh awak" ke ye.

# Sesekali tulislah sesuatu yang romantik di wall FB isteri anda di twitter atau di blog.. Dari anda dok menjawap komen dan komen wall wall teman fb anda.. apakata sesekali tuliskan sesuatu yang sweet pada isteri . Pasti si isteri hargai dan bangga ..

# Sesekali bila si suami tu sedang memandu dan isteri berada di sebelahnya.. cubalah gengam tangan isteri buat seketika.. Tapi kejap je cukup lah jangan lama lama pulak bahaya pulakkkkk.. Trust me isteri pasti suka.. pasti sepanjang perjalanan tu si isteri senyum je memanjang.

Hmmm itu antara yang basik perbincangan kay poh Mak dan adik beradik mak.. Nak lebih lanjut rasanya tak sesuai haha.. Tapi itu semua pendapat Mak Dara dan adik beradik mak ajelah.. Pendek kata isteri ni suka dengan KEJUTAN namun tidak perlu melakukan kejutan kejutan yang luar biasa.. Perkara perkara kecil seperti ini pun dapat untuk membuatkan para isteri dihargai. Anda ada pendapat bagaimana perkara kecil yang dapat memikat hati sang isteri? sila le komen ye.. =) 

7 comments:

  1. errr...kalau la en.suami baca..heheehe..ape pun dia yg terbaik utk saya dan anak-anak :)

    ReplyDelete
  2. Terbalik...selalunya isteri yang buat macam tu kan...

    ReplyDelete
  3. Suke statement ni... ngeee... :D

    ReplyDelete
  4. saya sebagai seorang isteri tidak mementingkan benda2 seperti diatas tu tapi kalau suami dapat buat, sangat bagus, janji hatinya ikhlas & tak de udang disebalik batu. apa yg lbh penting pada saya, si suami mempunyai niat & kesungguhan utk melakukan yg terbaik utk menjaga anak & isteri. niat ini pula perlu direalisasikan dgn sentiasa menolong anak isteri bila perlu. bersungguh2 tolong mcm org tu penting sgt, mcm VIP tu. semua keje rumah suami perlu tolong buat, benda2 simple, basuh baju pakai washing machine, sidai baju, basuh pinggan, gosok baju, ambik & htr anak disekolah etc. anak2 pun tlg jugak buat, supaya semangat teamwork & kekeluargaan tu jd tinggi. tak de la semua keje isteri nk kn buat, tidak dilayan seperti maid adanya. tp isteri yg buat semua tu sorang2, pahalanya amat besar. tabik. suami usaha ajak anak-bini sembahyang sama2 & suami sentiasa doa semasa smbhyg & bila2 masa dlm hati, supaya keluarga diberi petunjuk & sentiasa dirahmatiNya. isteri pun kn tlg doakan utk suami supaya dia sentiasa diberi petunjuk & tabah & menjadi nakhoda yg baik utk rumahtangga. pd sy semua itu lg penting dari benda2 remeh-temeh yg lain. kita pun x tau apa suratan utk kita, tp sekurang2nya kita berusaha & mohon petunjuk sentiasa.

    ReplyDelete
  5. kadang2 perkara kecik camnilah yang paling isteri suka..

    ReplyDelete