Thursday, April 5, 2012

SENYAP VOL #1.1 Oleh Altimet feat Bro Framestone


SENYAP... SHYYYYYYYYYYYYYY... hehehe Mak Dara amat tertarik dengan sebuah program iaitu SENYAP VOL#1.1 yang dikendalikan oleh Youth Vyrec.. Kalau nak tahu SENYAP merupakan singkatan kepada program ( Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.Sehubungan dengan itu setelah kewujudan Blogger disedari maka dengan ini kami membawakan SENYAP 1.1 selepas kejayaan SENYAP 1.0 diadakan di PWTC sebelum ini.

Untuk pendekatan yang berlainan, SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON)  dan juga  Bro Framestone (Senyap Blogger).  Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show.Kepada semua Belia-Belia diluar sana (Untuk yang berusia 15-40 Tahun)

Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan  dibawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta yang pertama sahaja akan dipilih.

Registration Form : Capaian
RSVP : Capaian
Program ini akan diadakan pada 11 April 2012 jam 9:00 malam sehingga 10:00 Malam bertempat di aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.

Jangan lepaskan peluang ini.. Mak Dara sendiri pun terpanggil untuk join program ini juga insyaallah bolehlah kita bertemu di sana ya...
sumber oleh http://vyrec.com/
 

6 comments:

  1. Emma dah join !!! boleh jumpa akak skali =)

    http://emmaeema.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Yeayyyy kak adza, nanti pm la number !! Nanti x de geng tak best =)

    FB : Emma Eshya (https://www.facebook.com/eema.emma)

    ReplyDelete
  3. nk join tp masih boleh lagi ke kak?

    ReplyDelete