Saturday, April 7, 2012

Somi Mak Dara Kembali Mengarah Iklan Terbarunya

Agak lama somi mak dara iaitu Martias Ali tak turun padang untuk mengarah drama atau iklan.. Ini semua sebab dia asyik sibuk untuk habiskan dua buah skrip filemnya yang akan mula shooting tak lama lagi.. Tapi tajuk filem tak dapat le mak beritahu lagi dek sebabkan producer suruh rahsiakan hingga sidang akhbar tak lama lagi hehe..

Berbalik pada iklan.. Ok hari ini somi mak bersama team TWO TONE Sdn Bhd bersama juga dengan penerbitnya encik Amru Najmi sedang shoot iklan untuk syarikat NORTHPORT. Dan kali ini suami mak menulis skrip dan juga turut mengarahkan iklan ini . Dan yang paling bestnya ialah iklan ini hanya menggunakan seorang sahaja pelakon dan pelakon yang dipilih ialah Dato Rahim Razali.. Perghhh memang antara pelakon idola mak tu..

 
somi mak Martias Ali bersama Dato Rahim Razali di set penggambaran

Waduhhhh jelesnya mak tak dapat bersama somi di lokasi penggambaran ini di Janda Baik dek kerana batuk mak yang semakin menjadi jadi sejak dua tiga hari ini.. Ye lah kalau mak kesana dan asyik batuk tentu mengganggu penggambaran kan.. So mak duduk je lah di rumah huhu sedeyy... Ok lah semoga shooting ini berjalan dengan lancar ye insyaallah.. amin..

Moh layan iklan NORTHPORT  yang telah diarahkan oleh somi mak pada tahun lepas hehe..


2 comments: