Tuesday, May 15, 2012

Demam Dian Pelangi

Dian pelangi Oh Dian Pelangi..


Memang demam Dian Pelangi telah pun meresap ke jiwa Mak Dara sejak dua menjak ini.. Maunya tak.. Sejak dari minggu lepas mode untuk mendapatkan salah satu dari koleksi pakaian Dian Pelangi di butiknya di Bangsar menjadi jadi ..

Niat dihati untuk pakai dress Dian Pelangi yang Mak Dara minat sangat tu pada hari Ibu yang lepas.. Yelah disebabkan somi Mak Dara yang dah rancang akan membawa Mak Dara dan anak anak untuk bercuti di Port Dickson sempena hari itu . Nak juga feeling feeling pakai dress Dian yang cantik itu di tepian pantai sambil dibuai angin sepoi sepoi bahasa kann..

Namun impian Mak Dara berkecai apabila semasa Mak Dara dan somi mak hendak ke butik Dian hari pun dah petang.. Nak dijadikan cerita pula jalan jemmmmm sangat sangat . Tidak sudah di situ sesampainya Mak dan somi di kawasan bangsar itu kereta kami telah dilanggar dari belakang oleh seorang lady driver yang sedang berbual di telefon.. Lama jugak somi mak "kelas"kan dia dengan pergulungan hujahnya.. Setelah selesai dengan kes langgar itu kami terus ke butik Dian dan cuba teka apa yang berlaku?? Kedainya telah pun tutup.. Waduhhhh sedih sungguh Mak dibuatnya.. Mungkin ini namanya COBAAN.. Maka mak pulang dengan tangan kosong..

Jangan sangka kejadian itu melenyapkan meroyanan Mak Dara bagi mendapatkan koleksi pakaian Dian Pelangi kerana Mak Dara telah berjaya memujuk Adik Mak iaitu Adza Tuty untuk membawa mak ke butik dian . Kali ini mak benar benar harap dapat membeli dress idaman Mak Dara itu..

Semasa perjalan ke sana syukur alhamdullilah jalan tidak jamm.. Dan syukur kami mendapat parking dengan mudah sekali.. Everything going smoothly dan akhirnya Mak Dara tiba jua di hadapan butik Dian Pelangi malaysia dan cuba teka apa yang berlaku....

uwaaaaaaaaaaaaa....

Yup... Seperti yang dapat anda lihat.. Butik Dian pelangi Malaysia tutuppppp!!! OMG seriously... frustttt betulllll mak dara dibuatnya....

Rupanya Butik Dian Pelangi Malaysia cuti pada hari Isnin.. Waduhhhhh cobaan...

muka org frust hehehe
err sila abaikan wajahku yg tidak bermakeup itu ya hahaha

Hmmmm sekarang demam mak untuk dapatkan dress itu pun semakin kebah.. If you know what I mean.. Takpelah ini namanya takde rezeki.. Insyaallah kalau demam mak kembali mak akan ke sana lagi hahaha


6 comments:

  1. ikut waktu indonesia kot..ada kedai isnin tutup kan he he..cuba lg kakak ;)

    ReplyDelete
  2. Salam.
    I am sorry but not so sorry. Alah.. nex time bleh pergi laagi :)

    Nak minta tolong niee.. saya sebenarnya nak cuba-cuba buat skrip drama. Adalah buat cerpen, rasa-rasa kalau buat skrip drama boleh tak. Minta tolong Mak Dara komenkan: http://adieachim.blogspot.com/2012/05/sebuah-kehilangan.html

    Frankly, kalau 'boleh' nak somi Mak Dara pertimbangkan..


    p.s: Banyak pula permintaannya yer.. Nak cari extra income. Buat isteri & anak-anak :)

    ReplyDelete
  3. ada saiz besar2 ye k.ida.. nak try g gak larr..mcm menarik..

    ReplyDelete
  4. kcianyer...x der rezeki... insyaallah suatu ari nnti pasti mak dara dpt gak msk...then pilih dress yg cantik2...

    ReplyDelete
  5. isk isk isk..
    mmg kecewa abis ler Mak Dara time tu kn..
    lpas ni balas dendam ler shoping ctu sampi abis..
    hehe

    ReplyDelete
  6. ila keja kat bangsar tak perasan plak tempat nie

    ReplyDelete