Friday, May 4, 2012

Kenangan Bersama Allahyarham Abang Bob Kuman

Assalam duhai teman..

Terkejut Mak Dara apabila baru mendapat tahu tentang pemergian allahyarham Abang Bob Kuman sebentar tadi.. Memang agak lewat mak mengetahui mengenai berita sedih ini disebabkan oleh mak terlalu sibuk menjaga anak mak, Adza Isabella yang sakit terlantar di hospital ampang beberapa hari lalu akibat penyakit rubella dan kini baru saja dibenarkan pulang dari hospital memang mak tak online langsung dan tak tahu apa yang berlaku.. Namun somi mak yang mendapat tahu tentang berita ini dari temannya.. 

Masyaallah mak baru sangat sangat berbincang dengan adik beradik mak (D'ADZA) yang bercadang untuk melawat arwah selepas anak mak sembuh sedikit nanti.. Memang tiada jodoh untuk bertemu dengannya apabila mendapat berita mengenai penniggalan arwah sehari selepas anak mak keluar dari wad..

Teringat lagi pertemuan pertama Mak dan adik beradik mak (D'ADZA) iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina yang bernaung di bawah syarikat Gitu Gitu Sdn Bhd milik Abang Saiful APek pada tahun 2005 dulu.. Kami kemudian berlakon dan membuat kompilasi album bersama sama.. Sungguh macam tak percaya bahawa Abang Bob sudah tiada di dunia ini.. Masih terngiang ngiang ditelinga dengan lawak dan jenakanya di set pengambaran dan juga di studio rakaman dahulu... sayu rasanya... ingin mak berkongsi kenangan Mak bersama allahyarham suatu ketika dahulu bersama anda...

Keluarga Gitu Gitu Production (Mak Dara bersama D'ADZA , Saiful Apek, Yassin,
CD Naz, Chicken DIsk dan juga bersama allahyarham Abg Bob)
lakonan mak bersama D'ADZA , Saiful Apek, Yassin, CD Naz, Chicken DIsk dan juga bersama allahyarham dalam drama OK pada tahun 2005
Mak Dara bersama D'ADZA, Apek, Yassin, CD Naz allahyarham abag Bob
 dalam salah satu babak "OK"
 Lakonan CD NAz, Saiful APek, Yassin dan arwah Abg Bob dalam
 salah satu babak "OK"


Mak bersama D'ADZA sempat merakamkan album kompilasi bersama
allahyarham Abg Bob bersama sama Boss Saiful Apek, yassin, CD Naz,
Along dan Angah Rajalawak dll 
CD Album kompilasi
allahyarham juga sempat berlakon dalam beberapa buah drama raya hasil skrip mak
antaranya berjudul Gitulah Raya dan juga Selamat Hari Raya Cinta

Mak Dara bukan sahaja mengenali allahyarham malah mak juga mengenali keluarga isterinya sejak mak masih bersekolah lagi.. Masih teringat saat saat mak menghadiri majlis perkahwinan arwah dahulu.. Memang banyak kenangan manis Mak Dara dan adik beradik mak D'ADZA bersama allahyarham .
Salam takziah kepada keluarga allahyarham Abang Bob dan semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh mu bang dan menempatkanmu bersama2 dengan orang2 yang beriman...Al Fatihah... Amin...

5 comments:

  1. al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  2. Sedih mendengar berita kematian Arwah, Al Fatihah.. kita kehilangan seorang lagi insan seni yang sangat berbakat... :(

    ReplyDelete
  3. dengar dari astro awani petang semalam

    takziah pada keluarga arwah bob

    ReplyDelete
  4. Takziah kepada keluarga Arwah. Kami mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete