Tuesday, May 22, 2012

SKIRT TUTU - Comel Digayakan Oleh Kanak Kanak Perempuan




Dunia menjadi pentas untuk para balerina apabila trend SKIRT TUTU semakin popular sejak kebelakangan ini. Kini skirt tutu bukan lagi khas untuk penari penari ballet tapi juga boleh dipakai oleh semua kanak kanak perempuan. Antara yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan skirt yang comel ini adalah anak anak Mak Dara sendiri. Mereka mulai jatuh hati pada skirt tutu ini apabila menghadiri sebuah majlis harijadi teman mereka dan sejak hari itu mereka tak putus putus meminta Mak Dara membelikan mereka skirt tutu itu. Akhirnyaaa Mak Dara terpaksa akur dan membelikan ketiga tiga anak dara mak dengan 3 tutu yang berlainan warna..

Adza Danina dengan Tutu leopard print

Adza kasih dengan Tutu Orennya

Adza Isabella dengan Tutu merahnya


Skirt Tutu ini sesuai dikenakan di mana saja tapi rasanya lebih sesuai jika dipakai ke majlis majlis seperti birthday parti dan majlis untuk kanak kanak.. 
Kata anak anak Mak Dara mereka rasa seperti princess tatkala memakai skirt itu..Yup mak dara juga suka bila melihat mereka mengenakan skirt tutu ini. Yang penting mereka suka, gembira dan selesa apabila mengenakan skirt ini itu yang paling Mak Dara utamakan dari segi pemakaian anak anak Mak Dara..


6 comments:

  1. kak adza..tiba2 saya lak teringin nak cuba.sgt comelll

    ReplyDelete
  2. So sweet...tapi anak pompuan Aina yang sorang tu dah besau...

    ReplyDelete
  3. cantik... Kalau budak2 pakai semuanya comel2.. ;)

    ReplyDelete
  4. comel .suka baca topik kat blog ni lately ni. fashion;)

    ReplyDelete
  5. comel..nak cari utk anaklah satu

    ReplyDelete