Tiap kali tibanya bulan Syaaban pasti Mak akan terkenang sebuah drama yang mak dara tulis bersama somi mak Martias Ali iaitu drama berjudul ADILFITRI DI BULAN SYAABAN...
Drama ini dilakonkan oleh Joey Daud , Rashidi Ishak dan Shajiry..Mak Dara rasa skrip ini adalah yang paling seronok pernah Mak dara tulis.. Nak nak lagi bila menulis bersama sama somi kann bertambahlah terujanya hehe.. Ada yang pernah menonton drama ini?
Pada yang belum pernah melihat drama ini meh mak dara ceritakan secara ringkas kisah drama ini ya.. Joey Rashidi dan Shajiry merupakan 3 rakan baik dan tinggal serumah.. Joey seorang yang agak pemalas untuk bekerja lalu dia ke klinik milik Rashidi dan meminta Rashidi memberikan dia MC namun Rashidi mendesak untuk membuat anual checkup terhadap Joey dahulu sebelum dia memberikan Joey MC.. Oleh kerana terlalu malas untuk ke tempat kerja Joey akhirnya bersetuju.. Akhirnya laporan kesihatan Joey diterima dan semua terkejut apabila mendapati bahawa Joey menghidap penyakit kronik dan dijangkakan jangka hayat hidupnya tidak lama saja lagi iaitu dua bulan dari hari itu. Joey sangat sedih mendapat berita itu. Rashidi dan Syajiry berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan terakhir teman mereka itu. Dan joey menyatakan niatnya untuk menyambut raya buat kali terakhir. Joey dibawa pulang ke kampung Shajiry dan Rashidi bersama orang orang kampung mula membuat persiapan olok olok mereka walaupun pada bulan itu bukan bulan ramadhan tetapi adalah bulan syaaban namun semua mahu menunaikan hajat terakhir Joey itu.
Joey menjadi semakin melampau apabila menyatakan bahawa dia teringin rasa bertunang dan shajiry merelakan kekasih hatinya untuk ditunangkan kepada Joey hanya untuk menunaikan hajatnya itu. Namun Shajiry menegaskan kepada kekasihnya itu bahawa mereka akan bersatu semula setelah Joey meninggal dunia nanti. Bukan itu sahaja Joey turut meminta motor baru yang dibeli Syajiry dan macam macam lagi dan semua permintaannya itu ditunaikan oleh Shajiry dan Rashidi walaupun ppada ketika itu mereka mulai bengang dengan sikap joey yang mengambil kesempatan atas sakitnya itu..
Pada pagi hari raya olok olok di bulan Syaaban itu Joey dan kesemua mereka menyambutnya dengan syahdu kerana merasakan ini kali terakhir joey akan meraikan hari raya. Tiba tiba Rashidi mendapat panggilan dari kliniknya menyatakan bahawa laporan kesihatan Joey telah tertukar dengan seorang lagi pesakit yang lain dan mereka katakan bahawa Joey tidak mempunyai sebarang penyakit dan amat sihat sekali. Mereka memaklumkan hal itu kepada Joey namun terlambat apabila Joey sudahpun mengetahui hal itu terlebih dahulu dan telah melarikan motor dan semua hadiah pemberian Rashidi dan Syajiry bersama sama kekasih hati Syajiri.
Memang kelakoar benar Joey, Shajiry dan rashidi membawakan watak mereka masing masing.. Memang seperti apa yang kami gambarkan masa kami menulis skrip drama ini.. Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali dan telah keudara di Astro Ria beberapa tahun yang lalu..
Hmmm bilalah dapat buat lagi cerita komedi raya macam ni lagi ye huhuhu...

wah wah. Mak Dara dan hubby, dua2 talented in writing script. selamat berjaya dan keep it up. Nanti kalau ada drama baru, btau la, Ety nak tgk :D
ReplyDeleteermm dah lama juga, tak nampak Shajiry berlakon kan ?
tq Ety...insyaallah nnt mak kasi tau kalau ada drma mak yg baru ye..
Deletetu lah lama dia menyepikan diri kann
wahhhh xsabar nak tgk....tahniah mak dara moga makin berjaya.. :-)
ReplyDeletekalau ada diulang tayang lagi pada tahun ni nnt mak dara bagitahu ye
Deletemmg couple yg serasi mempunyai minat yg sama...kan mak
ReplyDeletesyukur alhamdullilah dipertemukan dgn org yang sama bidang dan sama kepala hehe
Deleteada bahagian ke 2 eh? x tau plak. tp igt lg cite tu. mmg klaka haha..rasanya tiap kali nk raya cite ni akan diulang tyg.xtau plak mak dara yg tulis cite ni ;)
ReplyDeleteaah ada bahagian kedua tp pelakonnya ada yang bertukar
DeleteSelalu orang tak kenal penulis cerita kan? =P
ReplyDeleteyup penulis kira macam org belakang tabir.. so mmg tak ramai yg tahu siapa yg menulis sesebuah cerita tu hehehe
DeleteSaya suke cerita tu... rasanya dua kali kot saya tengok tapi lupa tahun bila best sangat dan kelakar giler, sorry erk tak prasan pun ada bahagian 2 harap ada ulangan..
ReplyDeletehehehe takpe.. kdg2 mak dara sendiri pun tak sempat nak tgk drama hasil tangan mak sendiri sebab kekangan masa hehe
Deletepernah tengok cite nie...kelakar gak terutama nyer joey...hehehe
ReplyDeleteJoey is the best kan ;)
Deletesuka cerita ni. memula mcm sedih je sbb dia punya paksa kwn-kwn dia puasa, sahur apa semua time bkn bln puasa. sampai kwn dia belikan dia motor, baju baru utk dia. hehe. lps tu nk buat sambutan raya suruh parents sambut sekali. last-last baru tau sbnrnya dia x sakit pun. lawak sangat!
ReplyDeletehehehe terima kasih sbb sudi menonton drama ni ye ;)
Deleteserius mak dara yang tulis cite tu...?ya!Allah....ummi suke benor cite tu.anak2 pun suke.rasanya dah ulang 2-3 kali jugak kan....cite tu simple...sempoi...tapi memang best la....
ReplyDeletehehehe tankiuuuuuuu ni yg bagi mak dara bertambah bersemangat nak menulis ni hehe
DeleteM dh dua kali tk crita tu. He he mmg lawak la bila dia tak jadi Mati tu..
ReplyDeletepart tu mmg ramai yg geram dengan si Joey tu kan hahahaha
Deletebest cite ni....i loike..
ReplyDeletehehehe tankiuuuuuu
Deletexsgke lak leh kenal dgn penulis skrip...huhu...
ReplyDeletesmg sntiasa maju kehadapan mak...^_^
tankiuuuuuu Waalid
Delete