Friday, June 29, 2012

Dengan hanya sekali lafaz Irma Hasmie Kini Milik Redza Syah Azmeer

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi.

 Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan melafaskan akad nikahnya

Selamat pengantin baru Irma dan Redza
pic by www.budiey.com

 Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Teringat kembali beberapa pertemuan Mak Dara bersama irma salah satunya ialah pada penghujung tahun lepas di NZ Garden KL. Irma datang bersama teman rapat Mak Dara dan di sana kami berkenanalan.. She is sooooo sweet and so humble and very down to earth..

Mak Dara dan Irma

Pertemuan seterusnya ialah apabila somi mak Dara iaitu Martias Ali telah dijemput menjadi tetamu dalam rancangan ASSALAMMUALAIKUM di saluran TV AL HIJRAH tak lama dahulu yang turut dihostkan oleh Irma Hasmie dengan membincangkan tentang topik "Filem Pendek".
 Somi mak dara (dua dari kiri) sedang ditemuramah 
dan dihujung kanan sekali ialah Irma bertudung pink ;)

Tidak lama dahulu Irama juga pernah berlakon dalam salah sebuah drama bersiri 26 episod hasil skrip oleh Mak Dara yang berjudul BIAR RAHSIA yang ditayangkan di RTM1 yang telah diterbitkan oleh David Teoh dan Metrowealth dan telah diarahkan oleh Ahmad Idham itu.

barisan pelakon drama BIAR Rahsia


Memang mantap lakonan Irma dalam cerita ni.. memang seperti apa yang mak dara bayangkan tatkala sedang menulis skrip drama ini.. Semoga dapatlah bekerjasama lagi dengan Irma pada drama drama mak dara yang akan datang mudah mudahan ye..

Apa apapun Selamat pengantin Baru dan sekalung tahniah diucapkan kepada Irma dan juga pasangannya Rezza semoga jodoh mereke kekal hingga ke anak cucu amin..


7 comments:

  1. selamat pengatin baru buat Irma dn suami, moga bahagia selamanya... buat mak dara n suami moga sentiasa sukses... amin... ^-^v

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... sama cantik, sama padan, kan? :)

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru buat irma dan suami,,,irma sangat sweettt,,,

    ReplyDelete
  4. cantik kan irma, beruntung mak dara dpt tgk dekat....jelessss...hihi
    tahniah Irma

    ReplyDelete
  5. tu ler beruntuk MD kerana mampu mendekati artis popular,... kalau macam mama tengok depan tv je ler,... nak ucap selamat pengantin baru buat Irma juga..

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru utk Irma dan suami. Alhamdulillah ..berkat doa semua, Irma telah bertemu jodoh yang terbaik [ yg telah dirancangkan oleh ALLAH swt.. ] Irma mmg sweet bertudung.

    ReplyDelete
  7. suka irma =))) smoga irma dan suami bahagia hingga ke syurga ! aminn

    ReplyDelete