Friday, June 29, 2012

Jumaat Yang Terindah

Salam Jumaat bagi semua teman Mak Dara yang dikasihi.. 
Di pagi Jumaat yang mulia ini marilah kita sama sama mencari keberkatan dariNya  dan semoga Jumaat ini menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa .. Haaa amacam boleh masuk rancangan Ustazah Pilihan tak untuk musim akan datang heh.. Mak Dara ni asyik dengan entry meroyan aje sesekali nak juga membuat entry yang sebegini.. maybe dah ramai yang tahu kelebihan hari Jumaat ni,tapi mungkin juga ramai yang belom tahu.Jadi,tak salah jika Mak Dara nak cerita sikit apa kelebihan penghulu segala hari ni ye..

(cantik tak tulisan tangan Mak Dara ;)

1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
p/s: bagi kaum lelaki selamat mengerjakan solat Jumaat ye..

44 comments:

  1. walaupun dah tahu, tak salah kita diberi tahu lagi, supaya kita tak lupa...mekasih mak dara

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama KY.. terima kasih kerana sudi membaca entry mak ini ya ;)

      Delete
  2. thank you for information given :) a great day to start the day :)

    ReplyDelete
  3. tq for sharing MD...Salam Jumaat, semoga kita semua mendapat keberkatan dari yang Esa.

    ReplyDelete
  4. salam jumaat....smoge kte sama2 mndpt rahmat dari-Nya

    ReplyDelete
  5. SANTAPAN ROHANI DI HARI JUMAAT.. SENTIASA DIBERI PERINGATAN SBB MANUSIA MUDAH LUPE. *mcm saya :)
    salam jumaat mak

    ReplyDelete
  6. salam sayyidul ayyam MD =) x lupa juga, hari jumaat disarankan baca surah al kahfi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam permerhatiSejati terima kasih atas perkongsian ini amat amat dihargai..

      Delete
  7. Assalamualaikum .
    terima kasih MD untuk perkongsian yang sangat berguna ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Fiza... sama samaaa... salam jumaat untuk Fiza juga ya ;)

      Delete
  8. tq untuk perkongsian ilmu tersebut...anyway...dah tak takut nak komen kat sini...hehehhe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama Ummi... hehehe buat ape nak takut nak komen mak tak geget orang errrr kecuali kalau meroyan mak datang haaa itu mak tak berani jamin hahahaha ;)

      Delete
  9. bila bca pasal hari jummat ni kdg2 jd seram n pikir sejanak..hehe..terima kasih :-)

    ReplyDelete
  10. banyak perkara yg baik berlaku pada hari jumaat..cuma uncle kesal kenapa Perlis pada suatu ketika dahulu..cuti pada Jumaat..alih-alih pindah ke hari ahad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah teringat juga zaman sekolah saya di sek men Putra kat kangaq perlis dulu cuti hari Jumaat dan Sabtu hehe

      Delete
  11. As Salam MD ..Salam Jumaat ... Sempat skodeng MD sebelum bersiap untuk Jumaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam EZ.. salam jumaat untuk adik juga.. jap gi mak gi skodeng blog adik plk ye

      Delete
  12. Salam jumaat tuk MD gak... allhamdulillah, hari Jumaat sgt hebat... sya pun cuti di hari Jumaat... y ptg blh spent time dgn anak walupun hband keje hari Jumaat... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Pn Sheila .. memang nikmatnya tak terhinggakan bila dapat spent time dengan anak anak kan

      Delete
  13. salam jumaat jugak untuk mak dara :)

    ReplyDelete
  14. sebab tu lbh afdal jika ingin memulakan sesuatu yg baik bermulalah pada hari Jumaat.. banyakkan berdoa pada hari ini..

    ReplyDelete
  15. Jumaat penghulu segala hari...
    Kami balik kerja half day...:)

    ReplyDelete
  16. salam jumaat..alhamdulillah, ada rezeki utk hari ni...

    ReplyDelete
  17. As Salam MD, semoga kita semua sentiasa mengambil berkat hari JUMAAT dan semoga sentiasa di rahmatiNYA amin...


    Rempit ke?? lor.. http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/rempit-rempitan.htmla

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum mak dara....menarik info ini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Maszull... terima kasih.. salam jumaat ye

      Delete
  19. thanks for sharing mak dara. apa yg baik kita amalkan, yg buruk jadikan sempadan. :)

    ReplyDelete
  20. I quite like reading a post thаt саn make рeoplе think.

    Also, thanks for permittіng me tо comment!


    Heгe iѕ my web-site - payday loans

    ReplyDelete
  21. Hi to every body, it's my first go to see of this blog; this website includes remarkable and in fact good stuff designed for visitors.

    My homepage - viagra

    ReplyDelete