AJK Mesyuarat Tingkap

Thursday, June 21, 2012

KARIPAP LORI Mengatasi Kehebatan Burger Bakar ?

Tak lama dahulu demam burger bakar memang menjadi jadi fenomenanya kan.. sampai ada yang sanggup beratur berjam jam bagi membeli burger bakar itu.. Mak Dara pun antara yang terkena demam burger bakar itu namun mak dara tak berkesampaian untuk membelinya kerana tidak bertahan kaki dan lutut untuk berdiri menanti selama itu.. Namun kini difahamkan bahawa ada satu lagi fenomena yang telahpun mengatasi kehebatan burger bakar iaitu KARIPAP LORI! perghhhhh macam tak percaya aje apabila mendengar bahawa ramai pelanggan yang beratur panjanggggg semata mata untuk membeli KARIPAP LORI yang dijual di sebuah kedai di cyberjaya. Namun itulah yang berlaku di mana teman Mak Dara sendiri telah ke sana dan terpaksa beratur panjang untuk membeli KARIPAP LORI itu..

Mesti anda tertanya tanya apakah KARIPAP LORI itu.. Mak pun mulanya ingat lori yang menjual karipap namun sebenarnya karipap itu dijual di sebuah kedai dan nama kedai itu KARIPAP LORI.. Dengar khabar resepi karipap itu diperolehi turun temurun oleh keluarga pemilik kedai itu.. Perghh patutlah hebattt kannn...


Mak Dara ni jenis yang pantang dengar makanan yang sedap sedap kompom mak akan terjah walaupun jauh.. Jadi beberapa hari lepas mak ada mesyuarat di Ibu Pejabat SPRM mengenai sebuah drama yang berkisarkan pegawai SPRM alang alang berada di Putrajaya on the way mak nak pulang tu Mak singgah le ke kedai Karipap Lori namun kedai pada waktu itu baru saja di buka dan orang pun belum banyak lagi yang datang.. Cantekkk lee tak payah beratur panjang panjang hehe.. Apa lagi terus mak mencuba KARIPAP LORI yang famous amos itu..

 
Man Maharajalawak pun antara pelanggan Karipap Lori ni tauuu ;)

Apa yang Mak Dara boleh katakan tentang KARIPAP LORI ini.. memangggggggg sedapppppp sebijik pun dah boleh kenyang bila dimakan.. memang melatopsss..Apa lagi kalau anda berada di kawasan Cyberjaya jangan lupa untuk ke kedai ini di 49A, Neocyber, Cyberjaya,, 63000 atau nak tahu lebih lanjut tentang Karipap Lori ini boleh le ke page fb nya @ https://www.facebook.com/karipapLori . Selamat menjamu seleraaaaaa ;)


17 comments:

  1. karipap lori pulak.....mcm2 sekarang nasi...

    nnti saya nak jual SIRAP GABAN...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh sirap gaban menarik tu sis.. lepas minum boleh dapat power mcm si gaban tu hehehe

      Delete
  2. Wahh besar gak karipap lori..tuh..mcm2 makanan baru timbul skrg nie.. :). Saya pun tak dpt beli lagik burger bakar..tuh.. sana..sini dok heboh pasal tuh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang besor karipap tu makan satu pon dah kenyang dengan inti dia yg sodap fuhhh terliur bila pikir2 balik hehe..

      Delete
  3. wahhh..cam menareksss je makan karipap neh..

    ReplyDelete
  4. cyberjaya?..maybe blh lah jjcm nti...^^

    ReplyDelete
  5. wah cam menarik jer..mesti cari nie

    ReplyDelete
  6. mcm menarik ja..nama pun unik..tringin lak ayu nak cuba..hehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mak dara...wow !! beso nyer patut la dipanggil Karipap Lori....bila ada masa nanti nak cuba juga la terbaik...:)

    ReplyDelete
  8. dia cm ala2 karipap SS ali popiah tu ek???

    *tapi karipah SS ali tu dh kecik...frust!!!

    ReplyDelete
  9. fuiyooo .. mcm2. tp kan Mak dara, dua2 pun KC tak penah cuba. ketinggalan, kan.

    ReplyDelete
  10. jauh la pulak Kak,, kalau dekat,,, MrJocko dah zassssssss

    ReplyDelete
  11. untungla orang kay ell boleh makan sedap, dulu masa zaman sekolah kat JB mmg ada org jual kepap saiz besar ni, dalam ada telor... agaknya tokey yang sama kot dah dikomersialkan, mmg laku kepap tu dulu... lama dah tak menikmatinya, sekarang x tau lah ada lagi ke idok

    *mak, saya nak jual telur dinasour pulak nanti... ehehe

    ReplyDelete
  12. Kena cari ni bila balik sana:-) dah dekat dgn rumah tu...
    Asal benda baru mesti org nak rasa, jgn nnti org dah suka, ada pula masalahnya.

    ReplyDelete