Saturday, July 28, 2012

Khas Pada Yang Tak Ada Idea Nak Update Blog Hari Ini

As salam duhai teman
Ada rasa macam takde idea nak update blog hari ni .. Haaaa molek le baca entry mak ni..Tapi bagi yang banyak idea tu sila abaikan entry mak ni ye segan ai hehehehe . Ok ceritanya bermula begini... Nak dijadikan cerita angin meroyan mak datang awal bebenor pagi ni.. Selalunya mak nak update blog cukup susah bila takde idea atau ilham.. Jenuh memerah otak macam ayam memeram telur dibuatnya tapi nak dapat satu topik pun susah.. Tapi berlainan pagi ni bila banyak pulak idea yang datang dan telah menimbulkan satu masalah pulak kepada Mak Dara? Apa masalahnya? Ye lah bila dah banyak idea tak tahu pulak topik mana yang harus mak tulis dulu.. Tiba tiba mak dapat satu idea.. Apa kata kalau dah ilham sampai banyak apa kata sharekan kepada anda semua.. sharing is caring kan.. Moh lihat topik topik yang boleh anda gunakan untuk update blog anda pada hari ini.


Haaaa topik ni paling mudah untuk update blog anda.. Cerita lah lagu raya apa yang anda minat. Siapa penyanyinya. Kenapa anda minat lagu tu? lagi bagus kalau dapat masukkan sekali video youtube lagu itu.


Topik ni pun mudah jugak. Cerita le kuih raya yang wajib anda buat/beli setiap kali raya.. Kalau lagi bagus share le resepi kuih raya tu dalam entry anda tu..


Bagi pasangan yang dah berkahwin topik ni pasti menjadi isu setiap kali balik raya.. Topik ni mesti pecah perut kalau dapat disharekan kepada pembaca.. 

TOPIK # 4
SIAPA TENTUKAN TEMA BAJU RAYA SETIAP TAHUN

Sorry ye topik seterusnya dah takde gambor mak yang sesuai untuk diedit kekeke.. Haa topik ni pon best jugak.. Macam mak dara yang tentukan kaler baju raya untuk keluarga mak sekeluarga ialah anak sulung mak.. Tiap tiap tahun dia yg tentukan.. Suka ke tak suka kena ikut jugak adesss hehe

TOPIK # 5
KERJA AMAL DI BULAN PUASA

Banyak kerja kerja amal seperti acara membantu anak anak yatim , membantu rumah orang tua tua yang di war warkan di facebook anda kan.. Jika ada apa kata anda sharekan maklumat itu bersama pembaca anda.. Mana tahu jika ada pembaca anda dapat mengikuti acara itu dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

TOPIK # 6
MAKAN MOREH

Pada yang pegi terawih tu boleh le ceritakan sedikit di surau atau di masjid mana dia selalu pergi terawih. Dan boleh le ceritakan serba sedikit tentang makan moreh di situ

TOPIK # 7
PERBEZAAN PUASA TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI

Topik ni pun best jugak.. Ye lah pada yang baru kahwin tu boleh cerita tentang tahun lepas raya sorang tahun ni dah ada pasangan.. Atau pasangan yang baru menimang cahaya mata boleh le ceritakan pengalaman raya tahun lepas berdua tahun ni bertiga.. Atau pada yang bujang boleh cerita tahun lepas break tahun ni dengan boyfriend/girlfriend baru hehe

TOPIK # 8
DUIT RAYA

Topik ni selalu paling best.. Anda boleh le cerita berapa duit raya yang anda berikan kepada anak anak/ anak buah/ anak jiran. pasti ada perbezaan nya kan.. Mungkin pada anak sendiri lebih sikit.. anak buah kurang sikit sebab nakal ke hehe.. Nak nak pulak duit tahun ni duit baru mesti tak sabar nak tukar duit dan beri pada mereka kan..

Hmmmm oklah setakat itu ajelah kot idea yang dapat mak sharekan dengan anda pada hari ni.. Pilih le mana yang berkenan dan update le blog ye.. Emmmm pada yang ada idea nak tambah sila beri cadangan ye nnt mak kasi up kan di atas tenkiuuu


17 comments:

  1. bagusnya mak dara buat topik ! ^^

    ReplyDelete
  2. ha itu lah topik2 sensasi yg muncul bila bula posa ni...Tp mak dara jangan lupa ingatkan pada yg wajib tu utk bayar zakat..hehehehe kang last minit pulak..

    ReplyDelete
  3. Kenangan pahit akak tahun ni berpuasa, sebabnya? rahsia...tak boleh cerita di blog.
    Selamat brpuasa mak dara.

    ReplyDelete
  4. Idea dah dapat tapi masa pulak tak dak...tak dan...tak dan pasai kena dera kerja pasainya ceq akan bercuti seminggu pada raya tu...:)

    ReplyDelete
  5. wahh banyaknye idea yg mak dara kasi.. boleh la buat untuk next entry nie. haha. trima kasih mak dara~ ^^

    ReplyDelete
  6. wahhhhh penuh dngn idea bernas penulis skrip satu ni ye. hihi. memang terbaik la mak dara! keep it up! ^__^v

    ReplyDelete
  7. banyak nyer idea..bleh tulis satu persatu sampai menjelang syawal...ngeee

    ReplyDelete
  8. Mak Dara, Topik 8 sya da buat, topik 1 tu mmg sgt menarik larh!

    ReplyDelete