AJK Mesyuarat Tingkap

Monday, July 23, 2012

Perjalanan Hijrahku Akan Mula Ditayang Hari Ini

Macam baru aje mak dara menulis skrip dan mengikuti shooting untuk sebuah rancangan masakan yang bertajuk PERJALANAN HIJRAHKU pada 2 minggu lalu tup tup hari ini maka akan bermulalah tayangan rancangan ini. Cepat benar kann.. Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini di hoskan oleh Serina redzuawan yang merupakan anak kepada Chef Wan dan skripnya adalah oleh Mak Dara sendiri dan juga dibantu oleh adik mak Dara iaitu Adza Emie.



Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak olehsaudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru.

artis undangan untuk episod pertama ialah Louisa Chong
pic credit to Srina Instagram

Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini akan mula ditayangkan pada ini dan akan ditayangkan di TV AL HIJRAH setiap hari Isnin dan Selasa sepanjang bulan Ramadhan ini pada pukul 2:30 petang.. Kalau free free tu silalah tonton ye ;)

34 comments:

  1. assalamualaikum mak dara...best juga ni nak tunggu la...:)

    ReplyDelete
  2. alah..tak dpt nk tengok...sebab waktu keja

    ReplyDelete
  3. alaaaa nak tengok sgt tapi keje... :(((((
    harap astro de buat ulangan waktu malam atau hari minggu.. mak inform ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 ada ulangannya.. nnt kalau ada mak bagitau ye

      Delete
  4. wahhhh nak try tgk la nnti..hehe

    ReplyDelete
  5. alaa....tengah kerja. ==' nak tengok.

    ReplyDelete
  6. salam ramadan ida.. tahniah..
    pengisian yang bagus..
    Insyallah kita semua dapat manfaatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa balqisss... rindulah lamanya tak jumpaaaaa

      Delete
  7. allooooo...dah terlepas satu episod, tak pe, esok masih ada..

    ReplyDelete
  8. Waktu tayangan masa org bekerjalah MD. Kenapa tak ada hari sabtu/ahad ye..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. tu lah pasang time org keje lah pulak kan.. hrp2 ada ulangan waktu malam

      Delete
  10. tak dpt la mak...siaran takde la plak kt umah js...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. harap2 diorang ada upload di youtube kannn ;)

      Delete
  11. 2.30 eh kak... insyaallah saya akan nganga depan tv nanti... :)

    ReplyDelete
  12. saya baru baca hari ni...bolehlah tengok petang ni sambil menguli tepung...he he he

    ReplyDelete
  13. aiyaaaa masuk siaran tv hijrah ka? tv kuno uncle payah nak dapat siaran nih hahaha..takpa..nanti pomen..kot-kot terus dapat astro hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kasi pomen tau uncle alang2 dpt siaran siam sekali hehehe.. melawak je ye uncle.. kim salam aunty ye

      Delete
  14. umh sya pn xde tv alhijrah..da cari tp xjmpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..hehe takpe hopefully nanti ada diupload di you tube ye

      Delete