Hari ini merupakan hari ketiga berlangsungnya penggambaran sebuah rancangan bertajuk PERJALANAN HIJRAHKU yang di hoskan oleh Serina redzuawan yang merupakan anak kepada Chef Wan dan skripnya adalah oleh Mak Dara sendiri dan juga dibantu oleh adik mak Dara iaitu Adza Emie. Sebenarnya dalam beberapa minggu yang lalu Serina ada datang ke rumah mak dara untuk membincangkan untuk propose rancangan ni untuk TV AL HIJRAH. Pada mulanya kami cadang supaya rancangan ini adalah untuk tayangan bulan puasa tahun depan. Namun tup tup kami mendapat berita bahawa pihak TV AL HIJRAH amat suka dengan cadangan rancangan ni dan minta supaya kami siapkan keseluruh 13 episod rancangan ni dalam masa 2 minggu dan mereka akan tayangkan rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ni pada bulan puasa ini juga iaitu bermula pada 23hb Julai ini.. Mau terkejut kita orang semuaaa..
Maka dengan pantas mak bersama adik mak buat skrip dan shooting bermula pada beberapa hari yang lalu. lokasi kami adalah di sebuah rumah banglow yang terletak tidak jauh dari Ampang Point. Mari mak sharekan sedikit gambar di lokasi penggambaran ni bersama anda ya..
Serina sedang berbincang dengan Abang Yusof Kelana
sebelum bermulanya shooting
babak di tepi swiming pool
Adza Emie sedang menerangkan skrip kepada Akiko & Ridzwan
Ridzwan merupakan adik kepada pelakon Zarina Zainoordin ;)
dari kiri Ridzuan, Akiko, Adza Emie dan Mak Dara
Emie.. di belakang Abang yusof kelana sedang mengarah
sedang berbincang bersama Abang Yusof dan Abg Musa (editor)
SERBA SEDIKIT INFO MENGENAI RANCANGAN PERJALANAN HIJRAHKU
Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak oleh saudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru.
Rancangan JELAJAH RASA ASLI ini mempunyai 3 segmen iaitu:
SegmenPERSONALITI HIJRAH
Segmen bagi memperkenalkan tetamu undangn dan cerita kisah penghijrahannya
Segmen RESEPI HIJRAH
Segmen dimana tetamu akan memasak bersama hos
Segmen MENU HIJRAHSegmen dimana tetamu akan berbuka puasa bersama host
HOST : SERINA REDZUAWAN
PENERBIT : Serina Redzuawan & Yusof kelana
Terbitan : YKS FILM MAKER SDN BHD
Penulis skrip: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Rancangan ini bakal ditayangkan di TV AL HIJRAH bermula pada 23hb Julai 2012.. Kalau free free tu tonton lah ye... ;)
P/S: Pada yang ingin membuat entry mengenai rancangan PERJALAN HIJRAHKU ini boleh je kopipes info info atau gambar di entry mak ni.. takde masalah sila le silaaa ye backlink je ke sini thats all.. ;)




wah... mmg sgt dipermudahkan perjalanannya... kalau perkara yg baik mmg mudah jalannya mak dara.. tahniah dari Queen... InsyaAllah Queen akan tonton rancangan ini... waktu siaran pukul berapa yer?
ReplyDeletesyukur alhamdullilah.. terima kasih Queen.. Mak Dara tak pasti pukul berapa akan ditayangkan cuma tahu tarikhnya saja.. Nanti akan reconfirm balik bersama Serina dan mak akan beritahu tarikh dan masanya ya.. tks for ur support queen..
Deletei'allah , bila dh ditayangkan nanti , fiza tgk :)
ReplyDeleteinsyaallah akan ditayangkan pda 23hb julai depan ..;)
Deletecam best je cite ni...lgpun xpnh terpk pun psl mualaf kan, cane dri segi masakan dorg, ye la kna la ubah dri yang tak halal kpd halal kan...gud luck mak ;)
ReplyDeleteitu lah cuba dicungkil dalam rancangan ni nak jugak tahu mcm mana kehidupan mereka selepas memeluk Islam hehe.. tankiuuuuu beta kupu ;)
Deleteinsya Allah, mcm best ni. kena tengok. wajibbb! hehehe
ReplyDeletetankiuuuuuuuuuuuuu muahhhhhh ;)
DeleteinsyaAllh akan tonton nanti.. dh x sabar ni
ReplyDeletetankiuuu Kesuma ;)
Deletealhamdulillah..satu rancangan yang bagus. mak dara memang terbaikkk!!
ReplyDeletewaduhhh terkombang koncup mak baca tankiuuuuu Nor... ;)
Deletetak nyempat2 dorang nak tayang, mesti skrip baekkk punya... nanti tengok... :)
ReplyDeletetu lah pasal.. nasib baik tak kena heart attack kitaorang semua hehehehe.. syukur rezeki ramadhan ni ;)
Deletesaper pelakon2nya MD?
ReplyDeleteHosnya adalah Serina Redzuan.. Tetamunya campur2 ada artis ada org biasa.. antara artis yg dijemput Corrie Lee Abdullah. Susan Menon, AUnty AIshah (Ibu kepada Shasha Elit) dan lain lain lagi
DeletePkl berapa waktu tanyangan Mak Dara...
ReplyDeleteMacam menarik jg..
masa mak tak sure lagi nnt mak reconfirm dan beritahu ye ;)
Deletehaaaa..sape pelakonnya mak dara? x sabar nk tgk drama ni. :)
ReplyDeleteSue pengacaranya ialah Serina.. Ini macam rancangan memasak tp mmg lain dari yg lain hehe
Deletetak sabar tunggu...
ReplyDeletehehehe tungguuuuuuuu ;)
DeleteWow..mcm best jer..erm nak tahu jugakkan aper yg mereka mkn kan?.. Tak sabar nak tgok..
ReplyDeletenanti mak dara bagitau tarik dan masa tayangannya ya..
Deletehakhak.. nanti sy=uh la dorang mai rumah sy sekali bila saya dah pndai masak.. tapi agak lmbt sikit la, blh mak prepare skrip dulu..hehe
ReplyDeletehehehehe bolehhhhh nnt panggil mak testing food dulu ye.. aktiviti peberet mak dara tu hehehehe
Deleteohh kiranya ni mcm tayangan khas bg mereka yg mualaf laa.. hehe
ReplyDeleteya.. lebih kurang mcm tu lah.. memberi kita peluang untuk mengenali kehidupan para mualaf..
DeleteAssalammualaikum mak.
ReplyDeleteHehe, saya betul2 ingatkan berkaitan kisah mualaf, atau org yg berubah kearah lebih baik..
Rancangan masakan rupanya.. konsep yg menarik. Setahu saya, kita takda lagi rancangan masakan yg konsepnya fokus pada mualaf kan..dah tentu pada permulaannya mereka pun ada masalah tersendiri juga dalam bab masakan ni.
waalaikumsalam Tinta
Deleteyup sebuah rancangan masakan dan menunjukkan berkaitan kisah mualaf, atau org yg berubah kearah lebih baik.. mmg lain sikit dr yg lain kannn
Saya nak tonton. Tak sabar rasanya :)
ReplyDeletetks for the support dik...
Deletesalam gan ...
ReplyDeletemenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
waalaikumsalam...
Deleteterima kasih atas kunjungan..
harus tonton...sungguh menarik
ReplyDeletetq Mrs Norrie ;)
Delete